KUALA LUMPUR - Pihak polis telah menerima laporan mengenai kehilangan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Anthony Kelvin Morais, 50-an sejak Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, laporan dibuat oleh abangnya Datuk Richard Morais pada jam 7 malam tadi di Balai Polis Jinjang.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R.Munusamy berkata, laporan dibuat oleh abangnya Datuk Richard Morais pada jam 7 malam tadi di Balai Polis Jinjang.
"Buat masa sekarang, saya hanya boleh mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes terbabit. Jika ada apa-apa perkembangan, pihak kami akan memberitahu (pemberita) kelak," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu Richard enggan mengulas mengenai kehilangan adiknya.
"Saya tak nak komen apa-apa, kita serahkan semuanya kepada polis untuk membuat siasatan," katanya.
Dilaporkan bahawa kali terakhir bekas timbalan pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dilihat ialah semasa meninggalkan kediamannya di Menara Duta di sini pada jam 9 pagi pada Jumaat untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan memandu sendiri kereta Proton Perdana berwarna kelabu dengan numbor pendaftaran WA6264Q. - Bernama
from Lagi Berita http://ift.tt/1JLC7Tf
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself