Halloween party ideas 2015

Budak 11 Tahun Jadi Wira Keluarga, Tumpaskan 2 Dari 3 Penjenayah | Kelicikan tiga penjenayah yang cuba merompak sebuah rumah di Kampung Budiman, Meru, Klang pada Khamis lalu berjaya digagalkan dengan tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak yang berusia 11 tahun.

udak 11 Tahun Jadi Wira Keluarga, Tumpaskan 2 Dari 3 Penjenayah

Dalam kejadian tersebut, rumah yang didiami oleh keluarga Nor Azli Mazlan, 44, dan isterinya, Tuminah Salaton, 42, bersama lima anaknya dimasuki tiga perompak bersenjatakan parang di Kampung Budiman, Meru pada pukul 3 pagi.

Keluarga itu terselamat malah dua daripada tiga perompak terbabit berjaya ditangkap oleh penduduk kampung hasil keberanian seorang anaknya yang keluar meminta bantuan daripada mereka.

“Ketika penyamun asyik menggeledah bilik dan rumah, saya memberanikan diri untuk menyusup keluar melalui pintu depan dan berlari sepantas mungkin ke rumah pak cik untuk memaklumkan kejadian.

“Dalam fikiran saya hanya mahu menyelamatkan ayah dan emak serta adik beradik lain daripada diapa-apakan penyamun,” kata Amar Shazlan Nor Azli, 11.

udak 11 Tahun Jadi Wira Keluarga, Tumpaskan 2 Dari 3 Penjenayah

Amar boleh dianggap sebagai ‘wira’ apabila sanggup bergadai nyawa bagi mendapatkan bantuan ketika rumahnya disamun tiga lelaki berparang dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu.

Penyamun masuk melalui tingkap yang dipotong dan tiga anak mangsa yang tidur di ruang tamu tidak diikat kerana suspek beranggapan kanak-kanak itu bukan ancaman kepada mereka.

sumber
http://ift.tt/1QhhXmp
http://ift.tt/1O5kmBt


from KeZooM http://ift.tt/1PTDwbT
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.