Gadis Di Pukul, Di Tanggal Pakaian & Di Tinggal Tepi Jalan | “Saya terpaksa mencari daun untuk menutup tubuh selepas ditinggalkan di tepi jalan dalam keadaan hanya berpakaian dalam dan berjalan sejauh beberapa meter untuk meminta bantuan sebelum diselamatkan seorang lelaki lalu dibawa ke masjid dan diberi pakaian.”
Demikian kata seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Awien, 21, ketika menceritakan pengalaman mengaibkan selepas diserang dua wanita dan seorang lelaki yang memukul sebelum menanggalkan pakaiannya.
Dia kemudian ditinggalkan di tepi jalan di Jeniang, Sik, dekat sini, Ahad lalu akibat perselisihan faham berkaitan bekas teman lelakinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Awien yang berada di sebuah pusat siber berhampiran Masjid Aman, Alor Star, kerana sedang menunggu teksi untuk pulang ke kampungnya terkejut apabila didatangi wanita berusia 30 tahun yang juga isteri kepada bekas teman lelakinya bersama seorang lelaki berusia 32 tahun dan seorang lagi wanita yang kemudian menyerangnya.
Menurutnya, dia kemudian meminta untuk berbincang dan menyelesaikan secara baik kerana orang ramai menyaksikan kejadian itu.
sumber
http://ift.tt/1GkWgfq
from KeZooM http://ift.tt/1j3d3Pp
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself