Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata kelulusan 3 lebuh raya yang menjadi kontroversi baru-baru ini masih belum muktamad.
Azmin bagaimanapun berkata, kelulusan 3 lebuh raya baharu Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash), Sungai Besi-Ulu Klang (Suke) dan East Klang Valley Expressway (EKVE ) pada ketika ini hanya secara prinsip.
Katanya, kelulusan 3 lebuh raya itu diputuskan ketika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih menteri besar Selangor dan masih belum dimuktamadkan memandangkan ia menerima bantahan penduduk.
"Untuk makluman ketiga-tiga lebuh raya itu tidak diluluskan ketika saya menjawat menteri besar. Ia diluluskan secara prinsip sebelum ini.
"Media sosial laporkan kononnya ketiga-tiga lebuh raya baharu itu diluluskan dalam tempoh setahun saya jadi menteri besar sedangkan mereka penuhi syarat dan diluluskan menteri besar sebelumnya," katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam, hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu berkata, rundingan bersama penduduk selaras dengan Seksyen 20 A Akta Perancangan Bandar dan Desa mewajibkan Putrajaya berunding kerajaan negeri berkenaan semua prosedur pembangunan.
Katanya, sebagai contoh Lebuhraya Dash masih dibantah penduduk Damansara Perdana begitu juga dengan EKVE ditentang penduduk Ukay Perdana.
"Sebab itu saya minta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) berbincang dengan penduduk terjejas.
"Kerajaan negeri hanya berkuasa ke atas tanah sebab itu kita mahu dirunding dengan penduduk sebelum pembinaannya bermula," katanya lapor The Malaysian Insider
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1MxurJ4
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself