Halloween party ideas 2015

Rakyat China Takut Miliki Anak Lebih Seorang | Kebanyakan warga China menyambut perubahan dasar polisi kepada dua anak yang diumumkan kelmarin dengan berhati-hati memandangkan kos sara hidup yang semakin tinggi, aspirasi kerjaya serta pening­katan masalah perbandaran.

Rakyat China Takut Miliki Anak Lebih Seorang

Sebelum ini, rejim pe­rancangan keluarga satu anak yang diamalkan China sejak lebih tiga dekad lalu telah menyaksikan penguatkuasaan kejam terhadap rakyat republik itu termasuk dipaksa mela­kukan pengguguran bayi, kehilangan pekerjaan dan denda.

Bagaimanapun, bagi keluarga yang mampu membayar denda, mereka boleh mendapatkan anak kedua atau lebih daripada itu.

Justeru, kebanyakan keluarga di China masih terikat memiliki satu cahaya mata sahaja.

Dasar itu sepatutnya men­yelamatkan China daripada peningkatan populasi penduduk, namun kini menjadi pe­nyumbang kepada lambakan warga emas yang menyebabkan kekurangan tenaga kerja ketika kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu mengekalkan pertumbuhan.

Polisi itu juga telah menghalang kira-kira 400 juta kelahiran di negara tersebut yang kini mempunyai populasi penduduk seramai 1.37 bilion.

Rata-rata media tempatan menggambarkan keputusan melonggarkan dasar tersebut sebagai kejayaan untuk ekonomi dan rakyatnya yang telah lama melahirkan rasa marah terhadap polisi kontroversi yang menafikan hak manusia dalam berkeluarga.

“Plan Lima Tahun terbaharu ini perlu diiktiraf sebagai satu kejayaan yang menepati kehendak rakyat,” tulis akhbar arus perdana, Global Times.

Tetapi perubahan itu mungkin telah terlambat kerana ramai golongan muda di China yang membesar sebagai anak tunggal, melihat lebih banyak kos daripada manfaat dalam memiliki anak kedua.

Rakyat China Takut Miliki Anak Lebih Seorang

Polisi baharu itu turut menjadi subjek utama dalam kalangan pengguna media sosial dengan isu berkenaan menduduki tangga kelapan bagi topik rending di mikro-blog Sina Weibo.

Satu tinjauan yang dilakukan semalam terhadap lebih 150,000 orang di laman tersebut mendapati, kurang daripada 30 peratus responden mahu memiliki anak kedua.

“Sewa apartmen sekarang semakin mahal. Siapa yang mampu untuk mempunyai ramai anak?” komen seorang pengguna internet. – AFP

sumber
http://ift.tt/1M2Cec2


from KeZooM http://ift.tt/1GRgvHk
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.