MARANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang ditemui di Klinik Kesihatan Bukit Payong di sini, amat terkejut dengan kejadian yang menimpa bekas Adun Alur Limbat, Alias Abdullah, 51, hari ini.
Bekas wakil rakyat BN itu, dikatakan ditembak dari jarak dekat oleh individu yang tidak dikenali ketika berada di bahagian dapur rumah mereka di Kampung Alur Limbat di Bukit Payong selepas solat Jumaat.
Pemimpin nombor satu negeri itu menyifatkan tindakan pembunuh terbabit adalah amat kejam dan meminta pihak polis dapat menyiasat kes berkenaan sehingga ke akar umbi.
Beliau juga berharap pihak berkuasa itu dapat mengenal pasti serta membawa orang yang bertanggungjawab ke muka pengadilan agar perkara sedemikian tidak lagi berlaku di masa-masa akan datang khususnya di negeri berkenaan.
“Kita negara Malaysia ini adalah sebuah negara yang selamat. Apa yang berlaku ini adalah amat mengejutkan. Perkara ini, apa yang berlaku ini amat mengejutkan dan kita amat terkilan. Insya ALLAH, pihak kerajaan negeri akan memberi kerjasama.
“Kita akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan keselamatan untuk memastikan orang yang bertanggungjawab itu dapat dibawa ke muka pengadilan,” katanya.
Allahyarham Alias yang turut memiliki firma guaman Alias Abdullah & Co dan dipilih sebagai Adun Alor Limbat sejak 2004 hingga 2008 itu kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Payong sebelum beliau disahkan meninggal dunia. - SH
from Lagi Berita http://ift.tt/1jSSlSy
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself