NUSAJAYA: Kerja membasuh kereta bukan bidang tugas pembantu rumah asing, namun ramai di kalangan mereka masih diarah untuk melakukannya, demikian menurut Exco Johor, R. Vidyanathan.
Beliau berkata, terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkaitan dengan jelas menyatakan bahawa mereka hanya boleh melakukan pekerjaan dalaman dan tidak termasuk kerja membasuh kereta.
"Bagaimanapun ia agak sukar bagi pihak berkuasa yang berkaitan untuk memantau keadaan ini," Vidyanathan memberitahu Dewan Undangan Negeri.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Puan Sri Azizah Zakaria (BN-Parit Raja) mengenai jumlah pembantu rumah asing yang bekerja di Johor dan skop kerja mereka.
Beliau berkata terdapat 3,207 permit baharu dan permit kerja yang diperbaharui dikeluarkan untuk pembantu rumah asing di Johor pada tahun 2013, 4,133 (2014) dan 3,278 sehingga Oktober tahun ini.
Vidyanathan menambah bahawa 90 peratus daripada pembantu rumah asing yang bekerja di Johor adalah warga Indonesia manakala selebihnya datang dari India, Sri Lanka, Filipina, Thailand dan Kemboja. -MStar
from Lagi Berita http://ift.tt/1OsPF8c
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself