Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Benarkah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dilantik sebagai Pengerusi Gabungan NGO Malaysia?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali Ali Tinju yang curiga dengan jawatan yang disandang Jamal.

Sehubungan itu, dia mencabar Jamal supaya menunjukkan sijil dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membuktikan kesahihan jawatan itu.

Katanya, jika Jamal gagal membuktikannya, pemilik rangkaian restoran Sekinchan Ikan Bakar itu merupakan seorang ‘kaki kencing’.

“Untuk buktikan Jamal bukan kaki kencing, saya mencabar dia supaya mengemukakan bukti sijil dari ROS bahawa pelantikannya sebagai Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia dan siapa melantik beliau sebagai Pengerusi,” katanya.

Ali Tinju berkata, dia terpaksa membangkitkan isu itu kerana tidak mahu Jamal terus menggunakan jawatan itu untuk menghasut NGO lain menyertai programnya.

“Saya mewakili NGO Gerakan Merah bersuara supaya tidak mahu tertipu.

“Sekiranya Jamal gagal membuktikan sijil pelantikan dari ROS, jelas menunjukkan beliau seorang kaki kencing dan gilakan kuasa,” katanya.

Mengulas lanjut, Ali Tinju berkata, pelantikan Jamal sebagai Ketua UMNO Bahagian juga adalah untuk menjaga NGO Selangor yang menyokong kerajaan sahaja bukannya NGO seluruh Malaysia.

“Kita tidak mahu rakyat melihat dia mengunakan jawatan tersebut untuk kepentingan politik,” katanya lapor FMT




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1MxSt0e

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.