Halloween party ideas 2015

Jet Pejuang Russia Di Tembak Jatuh Turki | Turki menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Rusia dekat sempadan Syria pada Selasa, dengan mengatakan bahawa ia berulang kali menceroboh ruang udara negara itu.

Jet Pejuang Russia Di Tembak Jatuh Turki

Rakaman dari penyiar Turki, Haberturk TV menunjukkan pesawat pejuang itu terhempas dalam keadaan terbakar di kawasan hutan, sehingga mengakibat kepulan asap tebal.

Rakaman yang berbeza daripada Agensi Anadolu di Turki menunjukkan dua juruterbang menggunakan payung terjun keluar dari pesawat sebelum ia terhempas.

Kementerian Pertahanan Rusia berkata, salah satu daripada pesawat pejuang Su-24 miliknya telah ditembak jatuh di Syria.

"Sepanjang penerbangannya, pesawat itu berada di wilayah Syria," katanya.

Tentera Turki berkata, pesawat tersebut telah diberikan amaran sebanyak 10 kali dalam tempoh lima minit menceroboh ruang udara Turki.

Pegawai berkata, pesawat kedua turut menghampiri sempadan dan telah diberikan amaran.

"Data yang kita peroleh adalah sangat jelas. Terdapat dua pesawat yang mendekati sempadan kita, kita telah memberikan amaran mereka apabila mereka terlalu hampir," kata seorang pegawai kanan Turki kepada Reuters.

"Kita telah memberikan amaran kepada mereka supaya tidak memasuki ruang udara Turki sebelum mereka melakukannya, dan kita telah memberikan amaran kepada mereka banyak kali.

"Kita mendapati secara jelas bahawa ruang udara Turki telah dicerobohi beberapa jali. Dan mereka telah mencerobohnya secara sedar," menurut pegawai itu. - Reuters

sumber
http://ift.tt/1YsXkIu


from KeZooM http://ift.tt/1Nrr6vB
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.