Halloween party ideas 2015

Kementerian Pendidikan Siasat Video Pelajar Peluk Cium | Kementerian Pendidikan akan menyiasat sebuah video klip menunjukkan seorang pelajar perempuan memeluk seorang pelajar lelaki dipercayai kekasihnya dalam pakaian sekolah, yang tersebar luas di laman sosial sejak semalam.

Kementerian Pendidikan Siasat Video Pelajar Peluk Cium

Timbalan Menterinya, P. Kamalanathan, berkata beliau kecewa dengan tindak tanduk pelajar itu walaupun beliau secara rasmi belum melihat video berkenaan.

"Saya mendengar mengenainya dari seorang sumber dan saya fikir saya perlu melihatnya segera bagi memudahkan siasatan," kata beliau kepada media sejurus melakukan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 3, di sini hari ini.

Kamalanathan berkata, setakat ini, pihaknya belum lagi dapat mengenal pasti lokasi video itu dirakamkan dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat, tampil ke hadapan memaklumkannya kepada kementerian.

"Hanya selepas itu kita tahu jenis tindakan yang akan diambil terhadap mereka," kata Anggota Parlimen Hulu Selangor itu yang melawat sekolah berkenaan bagi melihat persiapan guru-guru serta pegawai pelajaran daerah bagi memastikan perjalanan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berlangsung dengan baik.

Video berdurasi 15 saat yang menampakkan kedua-dua pelajar itu berpeluk dan bercium, dipercayai dirakam oleh pelajar-pelajar lain di sebuah sekolah menengah namun tidak dinyatakan tarikh aksi dirakam dan lokasi sekolah yang terlibat.

Kamalanathan berkata, insiden itu berlaku berkemungkinan disebabkan anak-anak terlalu terdedah dengan pelbagai perkara termasuk suasana kehidupan yang berlainan.

"Apabila hidup dalam suasana yang berlainan dari zaman dahulu, ibu bapa perlu membimbing anak-anak mereka dengan baik dan membimbing itu bukan sahaja tanggungjawab guru, malah semua pihak," tambahnya.

Dalam perkembangan lain, beliau berpuas hati dengan perjalanan SPM yang diadakan di seluruh negara kerana pegawai petugas telah melakukan persiapan rapi selain tiada aduan dan masalah diterima berhubung kertas soalan.

"Selepas kebocoran pada kertas Ujian Penilaian Menengah Rendah (UPSR) tahun lalu, kita telah menambah baik pelbagai perkara dan setakat ini, kita percaya secara total integriti guru-guru, pegawas-pengawas dan pengetua-pengetua yang bertugas.

Kita berharap keadaan peperiksaan lancar ini berterusan sehingga selesai SPM dan juga Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) namun sekiranya terdapat isu-isu berbangkit, kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan," katanya.

sumber
http://ift.tt/1Q2WCjs


from KeZooM http://ift.tt/1M8PHza
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.