Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Selepas malu dengan kekalahan 10-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) awal September, Datuk Seri Najib Razak hari ini cuba “memujuk” Palestin agar memberi peluang dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia minggu depan.

“Tolong benarkan Malaysia menang dengan Palestin. Kita akan lawan bola dengan Palestin,” kata perdana menteri berseloroh dalam satu sidang media ketika Forum Ekonomi Dunia Islam ke-11 di sini.

“Kita kalah 10-0 dengan UAE, sangat-sangat memalukan. Kita harap kita tidak akan kalah seteruk itu lagi,” tambah beliau, sambil disambut ketawa hadirin.

Malaysia akan menemui Palestin pada 12 November di Stadium Antarabangsa Dora di Hebron, Tebing Barat.

Persatuan Bola Sepak Malaysia sudah tiga kali memohon Gabungan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) agar perlawanan itu dilangsungkan di padang neutral, kerana bimbang keselamatan pemain di kawasan yang dilanda konflik itu.

Malaysia berada di anak tangga 171 kedudukan Fifa, manakala Palestin di anak tangga 130 - The Malay Mail




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1WtrgXi

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.