Halloween party ideas 2015

Pendebat Malaysia Juara, Kalahkan 2 Pendebat Zionis : Pasukan Malaysia muncul juara dalam salah satu pertandingan debat paling kompetitif di dunia iaitu Pertandingan Debat Cambridge Intervarsity (Cambridge IV).


Pasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjuarai pertandingan keseluruhan manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menang dalam kategori English as Second Language (ESL), lapor The Star Online.

Pertandingan ini berlangsung di Universiti Cambridge, United Kingdom pada 20 dan 21 November.

UiTM menjadi universiti Malaysia pertama dalam sejarah, memenangi kategori utama apabila mereka menjuarai dalam liga akhir menentang pasukan dari Persatuan Sejarah Dublin, Trinity College dan dua pasukan dari Universiti Toronto, Hart House A & B.

Mohd Mifzal Mohd Murshid Kieron, dan Jasmine Ho, kedua-duanya berumur 22 tahun, berjaya mempertahankan usul ‘Dewan ini percaya komuniti antarabangsa perlu membayar kepada negara-negara yang berdekatan dengan zon konflik untuk memproses, menyelesaikan dan menyekat pergerakan selanjutnya pelarian’ dalam kedudukan mereka sebagai kerajaan.

Sewaktu kategori akhir ESL, pendebatnya Ameera Natasha Moore, 22, dan Sara Rahim, 20, mengalahkan pasukan Tel Aviv dari Israel dan Leiden A dan Leidin B, kedua-duanya dari Belanda.


Mereka membahaskan usul ‘Dewan ini percaya bahawa Arab Saudi perlu menghadkan penglibatan dalam ibadah haji kepada rakyat negara-negara yang komited menentang IS’ sebagai pembangkang.

Bagi semua kategori, usul hanya didedahkan 15 minit sebelum perbahasan dijalankan dan tiada sokongan elektronik dibenarkan selain kamus elektronik. Tiada bantuan luar dibenarkan dalam masa persediaan 15 minit.

Antara 128 pasukan yang terlibat adalah Universiti Harvard, Universiti Oxford, London School of Economics, Universiti Toronto, Universiti Tel Aviv, Universiti Cornell dan Kolej Trinity Dublin.

sumber
http://ift.tt/1SRWktA


from KeZooM http://ift.tt/1T8UKnW
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.