Halloween party ideas 2015

Adun DAP Penang Hutang Peniaga RM200K : Seorang ahli perniagaan meminta salah seorang Adun DAP Pulau Pinang membayar segera hutangnya yang masih berbaki RM150,000.


Datuk Chan Swee Teik kesal kerana Adun yang dikenali sejak 2012 itu bukan sahaja tidak mengaku meminjam wang dengannya tetapi seringkali cuba melarikan diri dari mengelak untuk membayarnya.

Beliau yang membuka perniagaan menjual barangan elektrik terpakai berkata, sejak mengenalinya, Keng Ee mula berani meminjam RM10,000 dan memberinya secara tunai atas dasar mempercayainya.

"Jika diikutkan, dia pinjam lebih RM200,000 tetapi bagi memudahkannya membayar saya genapkannya menjadi RM200,000 sahaja.

"Dia bayar RM50,000 pada Tahun Baru Cina dua tahun lalu namun bakinya (RM150,000) sehingga sekarang belum dilangsaikan. Selepas itu, dia ada pinjam lagi tetapi untuk memudahkannya, saya anggap dia hanya pinjam RM200,000," katanya pada satu sidang media.

Menurutnya, wang itu dipinjam sejak 5 Mei 2013 namun hingga hari ini belum dilunaskan sepenuhnya.

"Malah dia nafi ada meminjam wang dari saya. Bermacam-macam alasan yang diberikan apabila saya menuntut semula wang saya," katanya.

Swee Teik kecewa kerana Adun itu telah memberinya cek sebagai cagaran RM20,000 kononnya boleh ditunaikan selepas projeknya selesai.

"Dia datang selepas Tahun Baru Cina 2014 untuk meminjam wang RM20,000. Dia beri saya dua keping cek masing-masing bernilai RM10,000 sebagai cagaran untuk meminjam dengan saya.

"Namun hingga sekarang, dia tidak menghubungi saya untuk memberitahu projeknya sudah selesai. Saya dapat tahu, projek itu selesai pada 12 Februari tahun lalu," katanya.

Beliau mengakui memberi pinjaman itu tanpa dokumen hitam putih dan secara tunai kerana mempercayai beliau sebagai rakan.

"Jika saya tahu perangainya begini, saya tidak akan beri duit kepadanya. Jika benar tidak mampu bayar, datang jumpa dan bincang. Jangan tipu dan melarikan diri.

"Kali terakhir saya berjumpanya Oktober tahun lalu. Pada masa itu, dia meminta saya tunggu sehingga sidang Dun selesai untuk melangsaikan hutangnya," katanya.

Katanya, dia pernah meminta pertolongan pihak atasan DAP negeri namun tidak berjaya.

"Saya ada meminta mereka menyelesaikan masalah saya ini namun gagal. Saya adalah antara individu yang sering bantu dia dan DAP negeri tetapi apabila dalam kesusahan, tiada siapa mahu tolong saya.

"Pelbagai cara saya gunakan untuk mendapatkan semula wang saya, semuanya gagal. Akhir sekali, saya minta pekerja saya berjumpa dengannya, tetapi dia pula buat laporan polis mendakwa keselamatannya terancam," katanya.

Swee Teik juga kecewa kerana dalam laporan polis, Adun itu menuduhnya sebagai ceti haram (ah long) sehingga dipanggil polis dua minggu lalu untuk diambil keterangan.

"Setelah saya tunjuk lesen perniagaan yang sah kepada polis, saya akhirnya dilepaskan. Saya juga ada membuat dua laporan polis berhubung kes ini iaitu pada 24 dan 29 Disember lalu," katanya.

Beliau berharap dengan pendedahan ini, pemimpin DAP peringkat nasional seperti Penasihat DAP, Lim Kit Siang dapat membantu menyelesaikan masalahnya.

"Saya hanya mahu wang saya. Pulangkan wang saya RM150,000. Saya tidak mahu beri tempoh kepadanya, tetapi sekurang-kurangnya ada maklum balas. Jangan melarikan diri.

"Jika masih enggan menyelesaikan masalah ini dengan baik, saya tidak teragak-agak untuk membawa kes ini kepada muka pengadilan," katanya.

sumber
http://ift.tt/1Zc4srh


from KeZooM http://ift.tt/1JAKRz7
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.