Khairy Jamaluddin mengakui Kabinet ‘terlewat’ dalam menangani isu perlombongan bauksit di Kuantan sehingga menimbulkan masalah kepada rakyat dan pencemaran alam sekitar.
Menteri Belia dan Sukan itu bagaimanapun berkata, tindakan yang diambil kerajaan ketika ini adalah lebih baik daripada tidak menangani isu itu langsung.
“Mungkin sedikit kelemahan dari pihak kita (kerajaan), terlalu lewat bertindak dalam kes ini. Tetapi, lebih baik ada usaha sekarang daripada tidak ditangani langsung,” katanya dalam sidang media di Menara Dato Onn, hari ini.
Mengulas lanjut, Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu turut menyokong keputusan kerajaan yang menangguhkan tiga bulan operasi perlombongan bauksit.
“Pemuda UMNO, kita menyokong keputusan kerajaan moratorium atau menghentikan sementara kegiatan bauksit ini,” katanya.
Malah, Khairy turut meminta agar tempoh operasi perlombongan bauksit ditangguhkan sehingga siasatan yang dilakukan SPRM selesai.
“Kita minta dilanjutkan lagi tempoh tersebut sehingga betul-betul dapat penyelesaian yang menyeluruh dari segi soal kesihatan, pencemaran alam sekitar, serta kemalangan yang berpunca daripada lori-lori yang membawa bauksit.
“Kita harap, siasatan yang dibuat oleh SPRM tidak terhenti dalam kalangan pegawai rendah sahaja. Harap ia menyeluruh sampai dalang-dalang ini berjaya ditahan,” katanya ~ Free Malaysia Today
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1P2Bbtd
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself