Jemaah Pemangku Sultan Kedah menerima baik senarai 3 nama calon menteri besar baharu tanpa adanya penolakan, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Tanpa menyatakan senarai nama calon tersebut, Najib berkata, keputusan tentang siapakah yang bakal menggantikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan diumumkan kemudian.
"Tidak betul, nanti saya maklumkan tidak ada penolakan. Majlis itu berjalan dengan baik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Bagaimanapun, sumber memberitahu The Malaysian Insider ketiga-tiga nama calon yang diberikan Najib tidak melibatkan Mukhriz.
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah disebut-sebut sebagai bakal pengganti Mukhriz.
Najib pada sidang media itu berkata, sudah memaklumkan kepada Majlis Tertinggi (MT) Umno beliau menghadap pengerusi Jemaah Diraja Kedah pagi tadi.
"Saya memaklumkan kepada majlis tertinggi bsaya sudah menghadap Pengerusi Jemaah Diraja pada pagi tadi dan saya sembah maklum akan beberapa cadangan atas nama pihak Umno dan perkembangan selanjutnya akan dilanjutkan," katanya.
Najib mengakui krisis menteri besar Kedah sebenarnya berlaku lebih awal namun segala tindakan diputuskan 14 ketua Umno bahagian Kedah.
"Kita dengar ada masalah tapi ini diputuskan ketua- ketua bahagian. 14 ketua bahagian, sebagai presiden parti saya kena ambil maklum dan beri pertimbangan," katanya.
Hari ini, Mstar Online melaporkan, Najib sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik menteri besar Kedah yang baharu ketika menghadap baginda di Istana Negara pada Rabu. - TMI
from Lagi Berita http://ift.tt/1NFfNcy
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself