Kali Terakhir Jumpa Azimah Di Masjid Nabawi - Bapa | “Dia kata mahu tidur dulu di Masjid Nabawi selepas solat Subuh, namun saya tidak sangka itu merupakan kali terakhir saya bertemu dengannya,” kata bapa kepada Nor Azimah Ibrahim, 30, yang hilang sejak dua minggu lalu ketika mengerjakan umrah di Madinah.
Menurut Ibrahim Abdul Rahman, 53, pada 20 Disember lalu, dia bersama isterinya, Zamhani Zakaria, 50, dan Nor Azimah ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat Subuh.
“Selepas solat Subuh, Nor Azimah meminta kebenaran untuk tidur di Masjid Nabawi sebentar kerana terlalu penat dan akan berjumpa dengan kami kembali ketika solat Zohor.
“Pada masa itu, Nor Azimah tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri kerana hendak cepat dan hanya memakai gelang pengenalan diri,” katanya ketika dihubungi di Madinah.
Nor Azimah dipercayai hilang sejak dua minggu lalu ketika mengerjakan umrah di Madinah dan gagal dikesan ahli keluarganya selepas kali terakhir dilihat berada di Masjid Nabawi.
Mangsa yang merupakan ibu tunggal telah berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah bersama ibu bapanya menggunakan khidmat agensi swasta.
Menurut Ibrahim, ketika waktu solat Zohor, dia bersama isterinya cuba mencari Nor Azimah di dalam Masjid Nabawi namun tidak menjumpainya.
“Pada waktu Asar pun saya cuba mencarinya lagi sehinggalah Isyak. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membuat laporan polis mengenai kehilangan Nor Azimah.
“Keesokannya, saya telah pergi ke hospital untuk mencari Nor Azimah. Memang ada namanya dan dia telah mendapat rawatan di hospital itu pada hari kehilangannya tetapi saya dimaklumkan dia telah keluar sebelum Zohor,” katanya.
Tambahnya lagi, dia bersama isteri dan anaknya itu pergi menunaikan umrah pada 11 Disember lalu dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 22 Disember.
“Setakat ini, masih belum ada khabar berita mengenai penemuan Nor Azimah tetapi saya difahamkan pihak polis di Madinah telah mencari Nor Azimah di setiap hospital di sana.
“Saya akan berada di Madinah untuk membantu pihak berkuasa di sini mencari anak saya sehinggalah ditemukan dengan selamat,” katanya.
sumber
http://ift.tt/1kH5WvK

from KeZooM http://ift.tt/1mxgaAV
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself