Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung dana yang disalur ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC Sdn Bhd sebagai ‘bersih’ sebenarnya memakan diri sendiri.

Merujuk carta aliran keluar masuk dana berkenaan yang didedah Apandi semalam, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua, berkata, ada tambahan transaksi RM27 juta dari syarikat itu masuk ke akaun peribadi Najib.

“SRC Sdn Bhd memindah RM35 juta ke Putra Perdana Construction yang memindahkan RM34.99 juta ke Permai Binaraya dan kemudian memindah RM27 juta ke akaun peribadi Najib yang berakhir dengan “880”.

“Dari akaun “880” itu, RM20 juta dipindah pada hari sama ke dua lagi akaun milik Najib, jumlah itu dibahagikan secara sama rata ke akaun “898” dan “906”.

“Akaun “880” menerima RM10 juta dan RM27 juta pada Disember 2014 dan Februari 2015, melalui dua syarikat, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana. Dan akaun 906 itu didedah menerima RM5 juta melalui sumber sama pada Disember 2014.

“Secara berasingan, carta itu menunjukkan dana berkenaan dipindah ke akaun “880” yang digunakan untuk membayar bil Visa dan Mastercard Najib berjumlah RM3.2 juta,” katanya pada kenyataan media, hari ini.

Yakin jumlah yang diterima Najib ialah RM69 juta, bukannya 42 juta seperti yang didakwa sebelum ini, Pua berkata, mustahil Perdana Menteri itu tidak tahu langsung mengenai transaksi melibatkan akaunnya.

“Dengan beberapa transaksi, dan penggunaan segera dana berkenaan sebaik sahaja ia diterima, amat luar biasa untuk Peguam Negara menerima alasan Najib tidak tahu menahu wang itu datangnya dari SRC Internasional,” katanya.

Malah, Setiausaha Publisiti DAP itu, berkata dokumen itu sahaja sudah mencukupi untuk mengheret Najib ke mahkamah sekali gus bermakna ada kes prima facie untuk mendakwa Perdana Menteri itu.

Menyifatkan keputusan menerima alasan Najib yang tidak menyakinkan, malah bercanggah dan tidak mengheret ke muka pengadilan sebagai salah guna kuasa, Pua mendesak Apandi menjelaskan keputusannya itu supaya negara tidak terus dimalukan di mata dunia.

“Kami meminta Peguam Negara menerangkan kelalaiannya dan mempertimbang semula kepuashatian beliau bahawa tiada kes melibatkan Najib,” katanya sambil menegaskan, ia penting bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap ekonomi dan politik negara. -Roketkini.com




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1OPtgme

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.