Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

“Saya tak suruh rakyat (bawa bekal). Selepas ini saya tak boleh melawak lagi, kena jadi serius dengan kamu semua (media).”

Demikian kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin menjawab isu saranan ‘bawa bekal’ ke pejabat bagi menangani kos sara hidup yang didakwa diputar belit oleh media.

Katanya, beliau hanya bergurau sesama pegawai-pegawai di kementerianya pada perhimpunan bulanan.

Hamzah berkata, media tidak sepatutnya mengangkat perkara itu sebagai satu isu besar kerana ia adalah cara beliau bermesra dengan pegawai-pegawai ketika perhimpunan bulanan kementeriannya.

“Saya cuma kata, saya ini menteri, menteri mana boleh bawa bekal. Di pejabat ramai, takkan saya nak bawa bekal makan seorang-seorang.

“Itu, saya begurau dengan pegawai di perhimpunan bulanan dan bukan ucapan yang ditujukan kepada rakyat,” katanya semasa sidang media Jawatankuasa Tertinggi bagi menangani kos sara hidup.

Terdahulu sebuah sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa Hamzah menggesa kakitangannya untuk membawa bekal ke pejabat untuk menangani kos sara hidup yang kian meningkat.

Hamzah dipetik sebagai berkata, tahun 2016 akan menjadi tahun yang mencabar ekoran kelembapan ekonomi global di samping peruntukan bajet yang dikurangkan di semua kementerian dan agensi.

“Saya berbincang dengan Setiausaha Agung untuk mengambil beberapa langkah di jabatan kami. Kami memutuskan untuk tidak lagi menghidang makanan semasa mesyuarat dan semua kakitangan digalakkan membawa makan tengah hari mereka sendiri [ke pejabat].

“Bermula esok, saya juga akan membawa beras saya sendiri untuk memasak di pejabat. Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai saya pada waktu makan tengah hari, ” katanya secara berseloroh Free Malaysia Today





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1PiviZz

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.