Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Tak akan dia ulas punyalah apa yang Muhyiddin dedahkan dalam kenyataan medianya yang mendakwa Gani telah menunjukkan bukti kepadanya mengenai wang yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib dari SRC International.

Muhyiddin dalam kenyataannya mendakwa bahawa Gani telah memberitahunya sendiri mengenai perkara itu beserta dengan buktinya sekali yang didakwa sah merupakan suatu perbuatan jenayah.

Ulas nanti hilang pulak jawatan yang dia pegang dalam Sarawak Hidro tu.. ingat senang ke nak dapat jawatan tu?

Menjadi rupanya 'Cash is King' Najib tu..

Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak mahu mengulas dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkaitan siasatan dalam kes membabit SRC International.

Dalam satu kenyataan hari ini, Muhyiddin mendakwa Gani telah menunjukkan bukti kepadanya mengenai wang yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dari syarikat milik negara, SRC International.

"Saya tidak mahu ulas apa-apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Muhyiddin dalam kenyataannya mendakwa bahawa Gani telah memberitahunya sendiri mengenai perkara itu beserta dengan buktinya sekali yang didakwa sah merupakan suatu perbuatan jenayah.

Terdahulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiasat deposit RM42 juta daripada SRC International dan AS$681 juta dari satu akaun luar pesisir ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Peguam Negara yang baru, Tan Sri Mohamed Apandi Ali awal bulan ini berkata tidak ada kes tetapi SPRM merayu keputusan tersebut.

Semalam, Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menggantung Muhyiddin dari jawatan timbalan presiden. Ia kerana Muhyiddin dilihat tidak menjalankan tugas sebagai timbalan presiden Umno.

Selain itu Muhyiddin lantang mengkritik kepimpinan Najib berkenaan syarikat pelaburan negara 1MDB dan juga isu derma bernilai RM2.6 bilion


from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1WQBSLP

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.