Sehari selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung keahliannya , bekas pemimpin Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggesa golongan "kaki bodek" dalam Majlis Tertinggi (MT) membawa usul menggantung jawatan presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.
Khairuddin berkata, keseluruhan ahli MT sepatutnya mengusulkan perkara itu sekurang-kurangnya buat sementara, sehingga selesai siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wang derma RM2.6 bilion serta wang syarikat SRC RM42 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib tamat secara rasmi.
"Imej Najib Razak kini amat tercemar dan terpalit dengan belenggu rasuah serta salah guna kuasa dengan begitu teruk sekali.
"Puak bangang kaki bodek minda lemah yang menduduki Majlis Tertinggi Umno sepatutnya membawa usul untuk menggantung jawatan presiden Umno kerana ianya benar-benar mencemarkan reputasi baik parti Umno!
"Pandangan rakyat begitu jelek sekali terhadap parti Umno," tulis bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu di laman Facebook semalam.
Beliau turut menyifatkan MT tidak lagi menghormati kehendak ahli-ahli Umno yang sentiasa mahukan pemimpin melawan rasuah dan penyelewengan.
Katanya, jawatan yang sepatutnya digantung bukanlah jawatan timbalan presiden disandang Muhyiddin sebelum ini kerana beliau berjuang menegakkan kebenaran.
"Inilah akibatnya sekiranya Umno ditadbir kalangan bangang! Ianya bukan saja merosakkan imej peribadi mereka, tapi juga menjahanamkan reputasi Umno secara langsung.
"Tengok kesan penggantungan jawatan timbalan presiden Umno cukuplah.
"Tan Sri Muhyiddin Yassin menang melalui proses pemilihan yang dipilih keseluruhan perwakilan dari seluruh negara boleh dipecat sewenang-wenangnya apabila bercakap mengenai isu-isu penting demi kesejahteraan bangsa, agama serta tanah air temasuk parti Umno," katanya.
Meluahkan ketidakpuasan hatinya, Khairuddin menjangkakan masa depan Umno kelam dan sedang menanti penghujung.
"Parti Umno sudah lingkup akibat ditadbir puak-puak bangang, kaki bodek, minda lemah, otak udang yang cukup haprak.
"Umno kini sedang dimandikan jenazah, sedang dikafankan serta sedang menuju ke liang lahat untuk dimakamkan secara berkekalan," katanya lapor The Malaysian Insider
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1QPkTuV
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself