Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Hari ni ramai yang membelasah PAS sebab hanya baca tajuk laporan dari The Malaysian Insider "PAS tidak mahu rampas kuasa Umno, sedia sokong BN, kata Hadi".

Tambah panas lagi bila ulasan dari The Malaysia Insider mengatakan "Ini bukan pertama kali PAS menunjukkan sokongan terbuka kepada musuh tradisinya Umno.

"November lalu Hadi mengeluarkan kenyataan mahu menjadi penasihat kepada kerajaan.

"Beliau berkata perjuangan PAS kini berpaksi kepada mengubah dasar pemerintahan kerajaan dan bukannya lagi ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara.

Bawak bertenang semua.. bertenang.. faham betul-betul apa yang TG Haji Hadi kata tu..

Katanya.. ‘‘Kalau UMNO kembali pada Islam, laksanakan Islam mengikut hidayah Allah, bukan kerana Islam untuk dapatkan soko­ngan rakyat serta benar-benar ikhlas kerana Allah, kita akan dokong agar Islam ditegakkan. Pas tak berebut jawatan atau kuasa. Apa yang Pas mahu hanya Islam ditegakkan,’’

Katanya.. KALAU.. KALAU.. faham tak makna KALAU tu?

Sama macam Almarhum TG Nik Aziz kata dulu tu.. KALAU UMNO balik kepada Islam.. PAS akan dibubarkan.. UMNO nak balik kepada pemerintahan berasaskan Islam?.. Hmmm.. entahlah.. jauh panggang dari api rasanya..

Pas bukan sebuah parti yang kemaruk kuasa untuk memerintah negara apatah lagi merampas tampuk pemerintahan negara daripada parti seterunya, UMNO.

Laporan dari Utusan yang dipetik The Malaysian Insider

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, Pas sebaliknya merupakan parti yang sejak awal penubuhannya pada 1951 sentiasa memperjuang agendanya untuk menegakkan syiar dan undang-undang Islam mengikut hidayah Allah.  
Beliau mengakui bahawa parti yang dite­rajuinya itu bersedia menjadi pendokong kuat kepada UMNO sekiranya parti tonggak Barisan Nasional (BN) itu mentadbir negara dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.  
‘‘Macam mana kita nak cari pe­merintahan begi­ni iaitu balik kepada Islam. Justeru, Pas meng­ajak kembali kepada Islam khususnya orang Melayu, tidak kira Pas atau UMNO dan Pas tak tamak kuasa.  
‘‘Kalau UMNO kembali pada Islam, laksanakan Islam mengikut hidayah Allah, bukan kerana Islam untuk dapatkan soko­ngan rakyat serta benar-benar ikhlas kerana Allah, kita akan dokong agar Islam ditegakkan. Pas tak berebut jawatan atau kuasa. Apa yang Pas mahu hanya Islam ditegakkan,’’ katanya.  
Beliau menegaskan demikian ketika berucap merasmikan program Himpunan Harapan Rakyat (Harap 3.3) di Kampung Padang Mengkuang dekat sini malam tadi.  
Yang turut hadir, Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Nasaruddin Daud; Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat; dua timbalannya Dr. Alias Razak dan Yahaya Ali serta barisan kepemimpinan Pas negeri. ~ Utusan

Kita jangan gaduh sesama kita.. sementara puak UMNO dok bercakar riuh rendah tu.. eloklah puak Pembangkang cari titik persamaan.. barulah negara akan beroleh sebuah Kerajaan yang bukan diterajui oleh UMNO...




from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1QmrMSi

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.