Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) mengecam anak timbalan perdana menteri Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid susulan kenyataannya yang dikatakan mengutuk pramugari Malaysia Airlines (MAS).

Dalam kenyataannya, Presiden Nufam Ismail Nasaruddin kelihatan amat marah dengan tindakan itu sehingga beliau menghamburkan pelbagai kritikan keras terhadap Nurulhidayah.

“Saya berpendapat budak ini sungguh biadap dan tidak cerdik dengan pos beliau di Instagram yang telah menguris hati ramai pekerja kru kabin,” katanya.

Ismail juga menyifatkan tindakan anak Datuk Seri Zahid Hamidi itu sebagai tidak sensitif serta mengguris dan menyakitkan hati pramugari MAS.

Nurulhidayah sebelum ini menulis:

“Langkah penjimatan syarikat, naik AirAsia pun boleh, Malaysia Airlines hmm (bapak mahal! - bahasa pasar), pramugari pun dah tua-tua. Harap pandangan kasar saya ini tidak dipandang sebagai mencampur dasar kerajaan. #jangan kecam saya”

Beliau bertugas sebagai ketua bahagian komunikasi korporat di Syarikat Perumahan Negara Bhd. 

Tulisan itu bagaimanapun telah dibuang di laman sosial itu tetapi rakaman layarnya dikongsi pihak lain di laman penarafan penerbangan Airlineratings kira-kira 2.30 hari ini.

Ismail berkata, sebagai anak pemimpin nombor dua dalam negara, Nurulhidayah harus lebih berhemah memberi komen di laman sosial

“Kalau macam ini perangai seorang timbalan perdana menteri, maka beliau memang bukan berjiwa rakyat,” katanya.

Sebagai seorang wanita pula, Nurulhidayah harus utamakan maruah dan membela nasib kaum pekerja wanita, bukan mengutuk mereka, kata Ismail lagi.

“Jadi saya nasihat beliau tolong tutup mulut dan jangan terlampau lantang sebab komen beliau akan memalukan bapa beliau iaitu seorang timbalan perdana menteri Malaysia yang juga selalu terbang ke luar negara dengan syarikat MAS,” katanya.

Beliau juga nasihati Nurulhidayah supaya tidak mudah mengeluarkan kenyataan yang akan menyakitkan hati pekerja wanita dan bersikap lebih rendah diri dan tidak “mencari populariti dengan kenyataan yang tidak masuk akal”.

Sementara itu, dalam tulisan lain petang ini, Nurulhidayah berkata beliau meminta maaf kepada kakitangan MAS yang membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, komen beliau itu bukan sahaja pengalaman sendiri semata-mata tetapi juga rakan-rakan lain yang mengalami pengalaman buruk serupa ~ MalaysiaKini





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1RK5EO6

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.