Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Rumah siap, pahat berbunyi. Itulah gambaran himpunan mansuhkan GST dan undur Najib Razak semalam apabila doa dibacakan bekas Ketua Penerangan PKR, Dr Badrulamin Bahron pada penutup demonstrasi itu mengundang kritikan banyak pihak sehingga PKR terpaksa memohon maaf.

Bekas ahli Umno dan Pas, Tamrin Tun Ghafar berkata, doa yang jelas menyindir Mahathir itu tidak wajar diucap ketika hasrat ramai pihak mahu melihat Najib dijatuhkan terlebih dahulu.

"Badrulamin ini tidak mencerminkan nilai-nilai murni Islam yang boleh diteladani. Mulai hari ini tak payahlah gelarkan dia ustaz sebab mencemarkan Islam," ujarnya.



Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Ghafar Baba itu turut menyifatkan Badrulamin tidak layak menyampaikan ceramah lagi.

"Sesiapa tolong sampaikan kepada Badrulamin, saya kata dia ini kurang ajar dan biadap. Hentikanlah berceramah di mana-mana termasuk di masjid dan surau.

"Saya lost my respect terhadap makhluk begini," tegas Tamrin lagi yang juga bekas Pengerusi Mara pada 1991 hingga 1993 itu.

Badrulamin pada penutup himpunan pukul 5.30 petang semalam dilihat seolah-olah mengulang insiden doa laknat oleh Dr Azhari Ariffin atau nama sebenarnya, Dr Azhar Yaakob ketika Muktamar Pas ke-60 di Batu Pahat pada 2014 lalu.

"Kita minta kepada Tuhan tunjukkan kezaliman kepada mereka. Hari ini kamu zalim, kamu terima balasan Tuhan. Kamu ingat kamu Mahafiraun, firaun pun tenggelam," kata Badrulamin dalam doa itu semalam.

Beliau selanjutnya mendoakan kesejahteraan kepada Anwar Ibrahim yang sedang meringkuk di Penjara Sungai Buloh.

"Hukumlah mereka yang mula-mula memenjarakan Anwar Ibrahim. Berikanlah kekuatan kepada seluruh keluarga dan pemimpin yang memperjuangkan keadilan.

"Berikanlah penghinaan kepada Najib dan pemimpin yang bersekongkol dengan kezaliman BN," ujarnya lagi dalam doa dibacakan.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli akan bertemu sendiri dengan Tun Dr Mahathir bagi memohon maaf bagi pihak PKR terhadap doa yang dibacakan Badrol itu.

Beliau juga memohon maaf kerana ada sekumpulan penyokong PKR yang membuat bising ketika Tun Mahathir berucap.

"Islam tidak mengajar kita mengaibkan orang. Bagi saya dosa-dosanya dan kesilapannya biarlah dia di antara dia dan Allah," kata Rafizi dalam kenyataannya lapor MalaysiaDateline

Bagaimanapun Badrulamin tettap mempertahankan doanya itu, baginya beliau tidak berdendam dengan Mahadir. Cuma mengingati pesan Nabi agar tidak redho dgn apa jua kezaliman.

Nabi juga pesan agar lawan kezaliman setakat yang termampu. Dan itulah kemampuannya..

Ada org tidak senang dgn doa saya semalam di Dataran Merdeka kerana konon biadab pada Mahadir.

Sebenarnya begitu la bunyi doa saya sejak awal re4masi sebelum saya disumbat kedalam ISA hingga keluar ISA hinggalah sekarang. Sekadar itulah kemampuan saya menentang kezaliman yang akan saya jawab nanti bila ditanya di Mahkamah Allah.

Saya tidak berani dan tidak mampu menegur secara berdepan dengan orang yang Zalim. Saya hanya mampu sekadar berdoa. Itulah senjata saya.

Saya tertanya-tanya, kenapa setelah 18 tahun, baru kini doa saya dikrirtik dan diperrtikai oleh teman "seperjuangan"? Adakah kerana hari ni kita teruja bila dapat bersama sepentas dan berkongsi mikrofon dengan Mahadir? Apakah itu memadam segala kezaliman yang dia lakukan satu masa dahulu?

Demi Allah, saya tidak dendam dengan Mahadir. Saya hanya ingat pesan Nabi agar tidak redho dgn apa jua kezaliman. Nabi juga pesan agar lawan kezaliman setakat yang termampu. Dan itulah kemampuan saya.

Kepada yang menegur saya kerana berdoa, anda org hebat dan berani. Saya kagum. Saya pohon, tegurlah orang yang zalim itu secara berdepan mana tahu teguran anda membuatnya sadar dan segera bertaubat.

Dalam konteks Mahadir, tegurlah dia mana tahu terbuka hatinya untuk minta maaf pd anwar, kuarga dan rakkyat. Ingat, GST hanyalah satu dari sekian banyak kezaliman yang bermula dari zaman Mahadir.

Sumber dari Facebook dia..





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1Rxhqjl

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.