Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Gara-gara menyediakan replika cek bersaiz besar dengan nilai RM30, RM20 dan RM10 bagi hadiah kejohanan berbasikal kategori bawah 9 tahun, acara Kriterium Basikal oleh Junior Cycling Malaysia (JCM) yang berlangsung Sabtu lalu mencuri tumpuan netizen.

Penganjuran acara itu menerima pelbagai komentar pengguna laman sosial kerana dakwaan nilai hadiah yang disediakan pihak penganjur tidak memadai berbanding saiz replika cek.

Malah ada segelintir pengguna Facebook secara menyindir mendakwa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tiada dana mencukupi selepas wujudnya dakwaan rasuah RM100 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Seorang pengguna Facebook, Sarjan Tulang berkata, apa yang penting peserta kategori kanak-kanak itu gembira selepas berjaya memenangi dalam acara itu.

"Kau orang kena faham, kos buat mock check (replika cek) itu pun sudah mahal. Janji adik-adik itu gembira menang tempat pertama, kedua dan ketiga.

"Baik bagi (hadiah) hamper kalau macam ini. Hamper CNY (Tahun Baru Cina) pun paling tidak RM48. Mungkin mereka teringat filem (P Ramlee) Labu-Labi, budak-budak tak boleh pegang duit banyak," katanya dengan nada menyindir.

Tambahnya, dia bukan marah sebaliknya menasihati.

"RM100 juta aku mana Pah (Saripah)?" soalnya meniru gaya dialog P Ramlee dalam filem Madu Tiga dan ditujukan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Berlangsung di Serdang, Selangor, program itu menyediakan hampir 20 kategori yang dipertandingkan melibatkan peringkat umur dari bawah enam tahun hingga 45 tahun ke atas.

Berdasarkan aturcara program yang dimuat naik di Facebook JCM, program dengan kerjasama KBS itu dibezakan dengan tahap umur dan jumlah pusingan setiap peserta bagi setiap kategori.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah respon orang ramai terhadap nilai hadiah dan replika cek yang disediakan.

Ada yang berpandangan jumlah hadiah itu bersesuaian dengan umur peserta dan ada juga yang memberi ukuran kos replika cek lebih mahal daripada nilai hadiah tersebut.

Facebook Cycling Malaysia Magazine yang memuat naik gambar sekitar program tersebut mendapat tumpuan pengguna laman sosial itu dengan lebih 3,000 perkongsian dilakukan.

Pemilik Facebook, Alon Al-Azmee berkata, replika cek lebih mahal berbanding nilai hadiah diberikan.

"Setakat RM30 masuk sampul surat sajalah, penganjur memalukan diri sendiri," katanya lapor Malaysiakini





from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1V0SDqs

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.