Balik Pulau: Suami isteri bersama dua anak mereka berusia lima bulan dan tiga tahun terpaksa tinggal di reban ayam yang diubah suai menjadi kediaman di dalam kebun di Kampung Sungai Pinang, di sini, berikutan dihimpit kemiskinan.
Suzana Mansor, 35, dan suaminya Othman Darus, 45, mengubah suai reban berkenaan dengan membina satu ruangan lain bagi membolehkan mereka empat beranak berteduh di situ selepas diusir dari rumah sewa.
Hanya papan diletakkan di satu ruang kecil di sebelah reban ayam untuk dijadikan tempat tidur manakala tempat memasak hanya berlantaikan tanah.
Tiada bekalan air dan elektrik di kediaman itu sambil pasangan berkenaan merelakan anak sulung yang berusia lapan tahun diserahkan untuk dipelihara adik Suzana.
Menurut Suzana, sejak diusir dari rumah sewa, dia dan suaminya tidak mempunyai pilihan lain kerana hanya ada reban ayam di kebun milik ibunya, Salmiah Khalid, 60, yang sesuai dijadikan kediaman.
"Suami membaiki reban ayam dan dijadikan tempat kami sekeluarga berteduh dan kami mengambil air dari rumah ibu yang terletak 350 meter untuk kegunaan seharian manakala pada sebelah malam menggunakan lilin serta lampu minyak tanah.
"Pernah beberapa kali kami terjatuh dari motosikal semasa mengambil mengangkut air, tetapi tiada paip boleh disambung untuk menyalurkan air bersih ke rumah kami. Dalam sehari, kami berulang-alik lebih dari tiga kali mengangkut air untuk mencuci pakaian dan pinggan mangkuk," katanya.
Suzana berkata, suaminya bekerja sebagai pemotong rumput dan tidak mempunyai pendapatan tetap, sebaliknya hanya bergantung kepada kerja yang sesekali ada.
"Ada kalanya, suami dapat RM15 untuk upah memotong rumput, tetapi jika tiada kerja maknanya tiada pendapatan.
"Kami sekeluarga terpaksa berpuasa beberapa hari kerana tiada duit untuk membeli keperluan asas seperti beras dan gula. Malah, kerap juga saya meminjam wang daripada ibu untuk membeli susu dan lampin anak," katanya ~ myMetro
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1MXWqNc
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself