Nik Abduh mengisytiharkan “dosa besar” bagi mereka yang tidak bersama PAS menyebut nama bapanya, allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mesej yang kelihatan ditujukan kepada Parti Amanah Negara (Amanah), ketua Pemuda PAS juga berkata tidak guna mendakwa pengikut Nik Aziz tetapi tidak bersama parti itu.
"Dosa besar untuk menyebut nama dia tetapi berada di parti lain, dia [dari] muda sampai mati mempertahankan PAS,” katanya ketika menggulung ucapan di muktamar Pemuda PAS di sini.
"Jangan sebut nama tok guru dengan parti. [Boleh] puja perjuangan dia, [tetapi] bukan tubuh dia. Apabila jasad meninggal, jangan kamu tinggalkan perjuangan dia.”
Nik Aziz sering menjadi rujukan pemimpin dan penyokong Amanah, selain sikap warak dan rendah dirinya, kerana dianggap tegas menolak Umno dan ingin kekal dalam gabungan pembangkang.
Baca seterusnya di Malay Mail Online
from Anak Sungai Derhaka http://ift.tt/1TZ3eRh
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself