Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Bekas senator UMNO yang berkhidmat di Kementerian Kewangan bawah Datuk Seri Najib Razak pula tampil mendedahkan berhubung rahsia membabitkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang penuh dengan hutang itu.

Ia susulan pendedahan bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berhubung penipuan dijalankan oleh 1MDB semalam.

Bekas pegawai atasan komunikasi kementerian kewangan (MOF), Ezam Mohd Noor mendedahkan pihak Kementerian Kewangan enggan memberikan akses ke atas sebarang dokumen dan maklumat membabitkan syarikat tersebut.

“Tapi mereka (pegawai atasan MOF) tidak boleh buat apa-apa memandangkan pegawai tersebut mahu selamatkan kedudukan mereka,” katanya dalam satu kenyataan mengulas berhubung pendedahan Husni semalam.


Ezam juga mendakwa Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang digunakan daripada laporan membabitkan 1MDB didedahkan kepada umum sudah membuktikan terdapat sesuatu yang disembunyikan supaya ia tidak terdedah demi menjaga kepentingan seseorang.


Husni yang tidak lagi berada dalam Kabinet akhirnya membuat pendedahan terbuka semalam di Parlimen membabitkan syarikat yang diterajui oleh bekas bosnya itu, Najib.

Lebih mengejutkan, Husni mempersoalkan banyak urus niaga meragukan melibatkan syarikat tersebut walaupun suatu ketika dahulu ditugaskan dalam plan rasionalisasi syarikat kontroversi itu.

from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2016/10/bekas-pegawai-menteri-kewangan-pula.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.