Lim Guan Eng menggambarkan dua doktor yang menjadi tokoh pembangkang ketika ini - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - sebagai "simbol" gabungan baru Pakatan Harapan (HARAPAN).
Kata ketua menteri Pulau Pinang itu, HARAPAN yang kini mempunyai anggota baru bercadang untuk membentuk semula masa depan politik Malaysia, sama seperti apa yang berlaku di AS yang cuba mengubah semula hubungan Washington - Kremlin.
Menurut Guan Eng, HARAPAN berjanji akan mengekalkan semua kebaikan, mengetepikan apa saja keburukan dan mengalu-alukan sesiapa yang berjuang membanteras amalan rasuah dalam sebuah kerajaan demokratik.
"Ini yang ingin dicapai HARAPAN dengan adanya anggota baru.
"Seorang pernah menjadi sebahagian daripada kerajaan, dan seorang lagi pemimpin pembangkang," katanya merujuk kepada Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah.
Setiausaha Agung DAP itu berkata demikian pada sidang media di George Town, Pulau Pinang hari ini.
Dr Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama kira-kira 22 tahun kini adalah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), manakala Dr Wan Azizah adalah isteri bekas musuh ketatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Mahathir juga sebelum ini pernah berseteru dengan Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang.
Bagaimanapun, mereka kini berdamai kerana disatukan oleh matlamat yang sama, iaitu mengalahkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak melalui pilihan raya umum akan datang.
Sementara itu Guang Eng menafikan Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah sudah dilantik sebagai penasihat HARAPAN.
"Kedudukan mereka belum ditentukan dan akan diputuskan semasa mesyuarat akan datang.
"Adalah wajar untuk Dr Mahathir dan Dr Wan Azizah menjadi simbol HARAPAN. "Kita ada seorang lelaki dan seorang wanita, dan tujuannya adalah untuk menunjukkan semangat perpaduan," katanya.
Pagi tadi seorang pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) menyatakan HARAPAN bersetuju melantik Dr Wan Azizah dan Dr Mahathir sebagai penasihat jawatankuasa penaja gabungan pembangkang itu.
Keputusan untuk membentuk 18 ahli jawatankuasa penaja itu, kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad, dibuat pada mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN Isnin lalu lapor Malaysiakini
from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/03/wan-azizah-mahathir-simbol-harapan-baru.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself