Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) serta pengharaman polisterin oleh kerajaan Selangor menyebabkan harga juadah di bazar Ramadan terpaksa dinaikkan berbanding tahun lalu, keluh peniaga.


Kenaikan harga barangan asas memaksa peniaga membuat dua perubahan, iaitu menaikkan harga makanan dan air sehingga RM2 atau mengekalkan harga namun saiz atau kuantiti makanan dikurangkan.

“Kita terpaksa naikkan harga jika tidak kita tak dapat untung, memang saya rasa kenaikan ini akan bebankan pembeli namun apakan daya kita sebagai peniaga terpaksa berbuat demikian,” kata peniaga air dan cendol di bazar Taman Sri Andalas, Zaharah Abdul Hamid seperti dilapor Sinar Harian.

Berbanding RM3 sebungkus tahun lalu, katanya harga air terpaksa dinaikkan 50 sen dan cendol menjadi RM4 sebungkus kerana kenaikan harga buah, santan dan susu.

“Kita tak akan kurangkan kuantiti buah atau sebagainya sebaliknya kuantiti yang sama masih dikekalkan seperti sebelum ini.

“Saya tak nak pelanggan tetap saya lari kerana saya percaya kepada rezeki Allah, jika niat kita berniaga ikhlas Tuhan akan bantu,” katanya yang berniaga di bazar berkenaan lebih 30 tahun.

Pada masa sama kos pertukaran bekas polisterin kepada bahan organik juga menjadi punca harga makanan dinaikkan.

Peniaga nasi dan lauk pauk Nurul Natasha Rozali berkata beliau terpaksa menanggung dua kali ganda harga kos berbanding sebelumnya.

“Kita terpaksa jual RM5 sebungkus dengan kenaikan RM0.50 sen setiap bungkus untuk dapatkan sedikit keuntungan. Namun kami beri jaminan, kuantiti nasi dan bahan di dalamnya yang kami jual kepada pelanggan masih sama seperti tahun lalu,” katanya yang berniaga di bazar Ramadan Sungai Besar lapor MMO

from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/05/gst-sebabkan-harga-di-bazar-ramadan-naik.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.