KUALA LUMPUR 7 Mei – Polis sedang memburu enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata di sebuah restoran di Taman Melawati, dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 9 malam itu, kesemua suspek yang bertopi keledar memasuki premis berkenaan dengan mengacukan parang dan mengarahkan kesemua pelanggan dan pekerja menyerahkan barangan berharga.
Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, salah seorang daripada suspek juga telah bertindak mengambil wang tunai daripada kaunter juruwang sebelum melarikan diri menaiki motosikal.
“Ketika kejadian seramai lapan orang berada dalam premis itu melibatkan tiga lelaki dan lima wanita sebelum mereka diserbu oleh suspek yang mana salah seorang daripadanya bersenjatakan parang berukuran 0.4 meter.
“Buat masa ini kita anggarkan jumlah kerugian dialami mangsa RM29,745. Polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek yang terlibat dalam kes ini,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal kesemua suspek menggunakan topi keledar bercermin gelap bagi mengelakkan identiti mereka dicam.
Jelasnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan dan bersenjata.
Video berhubung kejadian berkenaan tular di media sosial yang menyaksikan kesemua suspek bertopi keledar itu memasuki premis berkenaan dengan bersenjatakan parang.
Rakaman CCTV berdurasi 1 minit 3 saat itu menyaksikan suspek bertindak mengambil beg tangan dan barangan berharga pelanggan termasuk wang tunai dari mesin juruwang sebelum melarikan diri. - Utusan
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2017/05/polis-buru-6-lelaki-rompak-restoran.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself