Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

PAKATAN Harapan (PH) mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Selangor membawa masuk 28,416 senarai nama pengundi tentera selepas tempoh bantahan Rang Daftar Pemilih (RDPT) bagi suku tahun pertama.


Tambah mengejutkan SPR juga sebelum ini bertindak menolak 8,268 permohonan pengundi baru tahun lepas, dakwa PH. Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata pendedahan tersebut amat mengejutkan memandangkan ia berlaku ketika Pilihan raya Umum Ke 14 yang mungkin akan diadakan bila - bila masa.

"Apa alasan untuk SPR Selangor menolak 8,268 permohonan baru ini," katanya kepada media di depan pejabat SPR Selangor.

Malah beliau juga mempersoalkan penolakan tersebut dimana 7,304 daripada 8,268 pengundi yang ditolak SPR adalah dari Selangor.

"Penemuan hampir 99 % nama yang telah berdaftar dan dibuang nama adalah pengundi Cina." 

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming mengumumkan akan menyerahkan surat kepada SPR Selangor untuk menjelaskan situasi tersebut.

"Kita nak minta penjelasan SPR Selangor bagaimana kekacauan ini boleh berlaku. "Ia seolah SPR guna jalan belakang untuk bawa masuk pengundi."

Mengulas mengenai senarai data pengundi tentera, wakil rakyat DAP itu berkata SPR Selangor sepatutnya membuat kenyataan media dengan menyenaraikan semua nama untuk dipamerkan dalam akhbar.

"Namun ia tidak berlaku sebaliknya senarai nama hanya terdapat di pejabat SPR Selangor sahaja." 

Tambah Nurul Izzah lagi, jumlah 28,416 pengundi tentera itu daripada senarai tuntutan RDPT yang dikeluarkan SPR Selangor pada 25 Mei lalu lapor The Malaysian Insight

from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/06/kenapa-spr-tolak-8268-pengundi-tapi.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.