Halloween party ideas 2015

Pengarah Filem Raja Mohammad Meninggal Dunia,ok!: Pengarah filem, Raja Mohammad Mohd Ismail, 44, yang mengidap barah kulit sejak awal tahun ini menghembuskan nafas terakhir di kediaman ibunya di Sikamat sekitar jam 1 tengahari tadi.

Pengarah Filem Raja Mohammad Meninggal Dunia

Abang sulung, Mohd Yassin berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di samping ibu dan dua anak perempuannya.

Menurutnya, dia menyedari perkara itu sebaik pulang dari solat Jumaat.

"Pagi tadi keadaannya seperti biasa dan sempat berbual dengan kami sekeluarga.

"Kami reda dan saya memohon supaya semua mendoakan arwah supaya ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya ketika dihubungi hari ini.

Allahyarham yang juga duda meninggalkan empat anaknya berusia dari 11 sehingga 16 tahun.

Dia disahkan menghidap penyakit kanser kulit tahap empat sejak Februari lalu selepas mengadu sering sakit badan.

Antara drama popular arahannya adalah Mr Boss Miss Stalker, Mukhlis 2 dan Biar Aku Jadi Penunggu.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Makam Tuan Haji Said di Sikamat jam 6 petang ini.

sumber
Harian Metro


from KeZooM http://kezoom.blogspot.com/2017/07/pengarah-filem-raja-mohammad-meninggal.html
via Kezoom
malaysian and informasi , online malaysian news, malaysian article , malay and today, today malaysian news and information, malaysian update, enjoy reading the article, spread the word what you read today to get more better future. thanks

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.