Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) mengalami kerugian terkumpul pada akhir 2015 berjumlah RM209.28 juta disebabkan antara lain faktor tadbir urus korporat kurang memuaskan.



Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, Audit juga mendapati tiada kajian menyeluruh dijalankan untuk menilai keberkesanan penggunaan dana oleh usahawan.

Laporan itu menyatakan antara kerugian melibatkan kegagalan pelaksanaan Portal Keusahawanan Tekun, Kad Komuniti UsahawanTekun dan Cyber Mall yang kesemuanya berjumlah RM872,035. 

"Bagi Program Mentor Mentee pula, jawatankuasa program bersama tidak diwujudkan dan laporan bulanan program tidak dikemukakan oleh tiga syarikat mentor itu," katanya.

Dari 1998 hingga Jun 2016, Tekun Nasional menerima pembiayaan sebanyak RM1.86 bilion daripada Kementerian Kewangan dan geran RM670 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) yang diberikan bagi tujuan Pakej Rangsangan Ekonomi, bantuan kepada mangsa banjir dan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India.

Dalam pada itu, pengauditan yang dijalankan pada Mei hingga Oktober 2016 dan Februari 2017 mendapati secara keseluruhannya Tekun Nasional telah meningkatkan pembiayaan kepada usahawan daripada RM2.69 bilion kepada RM4.29 bilion melibatkan 473,982 usahawan dalam tempoh 18 tahun.

Sementara itu, bagi meningkatkan prestasi pengurusan syarikat, Jabatan Audit Negara mengesyorkan Tekun Nasional mengambil beberapa tindakan termasuk melaksanakan kajian menyeluruh untuk menilai keberkesanan pembiayaan kepada usahawan dan sebab kegagalan perniagaan.

Selain itu, Tekun Nasional perlu memastikan amalan tadbir urus syarikat dari semasa ke semasa terutamanya dari segi kawalan dalaman bayaran dan penerimaan termasuk bayaran kepada individu yang tidak layak lapor Berita Harian

from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/07/tekun-nasional-rugi-rm20928-juta.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.