Halloween party ideas 2015

Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dimasukkan ke hospital malam tadi ekoran tekanan darah tinggi selepas disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Tekanan darahnya sangat tinggi.

"Itu sebabnya beliau dimasukkan ke hospital, walaupun pegawai SPRM cuba untuk menahannya di lokap ibupejabat polis Kepayan, yang mana kami membantahnya," kata Naib Presiden Warisan Junz Wong kepada Malaysiakini.

Shafie ditahan SPRM sekitar jam 9 malam tadi, selepas lebih empat jam hadir untuk disoal siasat di pejabat suruhanjaya itu di Kota Kinabalu semalam.

Bagaimanapun, pemeriksaan kesihatan kemudiannya mendapati tekanan darahnya tinggi

Wong mendakwa satu pertengkaran berlaku antara peguam Shafie dan pegawai SPRM berhubung keadaan itu.

"Akhirnya, beliau dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth II," katanya.

Shafie dimasukkan ke hospital itu sekitar pukul 11 ​​malam, kata Wong, sambil menambah bahawa keadaan ahli politik yang berusia 60 tahun itu lebih baik tetapi masih lemah pada malam tadi.

Bagaimanapun, permohonan reman untuk Shafie masih diteruskan hari ini, katanya. - Malaysiakini


from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2017/10/shafie-dimasukkan-ke-hospital-selepas.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.