Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor Tan Sri Mohamad Aziz yang menghalau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senai Wong Shu Qi adalah suatu yang mengecewakan. 



Pandangan itu disuarakan oleh Adun Parit Yaani Aminolhuda Hassan apabila beliau menyatakan rasa kecewa dengan tindakan Speaker yang tidak mendesak Menteri Besar menjawab isu berkenaan rasuah hartanah sebaliknya menghalau Adun Senai itu keluar dari dewan.

Aminolhuda yang merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor juga menyatakan, Adun Senai itu hanya bertanya bukan menuduh berkenaan pembabitan wang rasuah sebanyak RM12 juta terhadap Menteri Besar (MB) Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang telah dinyatakan dalam sebuah portal.

“Berdasarkan kepada portal yang dinyatakan, sepatutnya MB Johor perlu menjawab lebih awal dan beliau tidak perlu menunggu sehingga penggulungan sidang dewan.

“Adun Senai, YB Wong hanya bertanya berkenaan sama ada perkara itu munasabah atau tidak bahawa MB Johor Datuk Seri Khaled mengambil wang sebanyak RM12 juta itu dan jika beliau di pihak yang benar kenyataan penafian perli dibuat segera.

“Saya berharap MB Johor perlu menjawab soalan berkenaan bukan dengan hanya melarikan diri serta mengambil tindakan kepada mereka yang bertanyakan soalan berkenaan wang sebanyak itu yang mana wang sebanyak RM11.2 juta ditemui dalam keadaan tunai,” jelas Aminolhuda.

Sehubungan dengan itu, Aminolhuda berkata akan mengadakan tindakan selanjutnya dengan mengemukakan persoalan berkenaan terhadap pihak berwajib bagi mendesak untuk menjalankan siasatan ke atas MB Johor itu. “

Pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya berhubung isu ini dan pihak kami termasuk dari Pakatan Harapan tidak akan duduk diam dengan apa yang berlaku kerana duit yang diseleweng itu adalah milik rakyat negeri Johor serta ia bukan hak milik peribadi,” tegas beliau lagi.

Sebelum ini, Adun Senai Wong Shu Qi telah diperintahkan untuk meninggalkan sidang Dun selepas beliau bertanyakan berkenaan dengan kenyataan sebuah portal mengenai penyelewengan dana pemindahan kuota bumiputra kepada non bumi yang turut membabitkan penama MB Johor dalam menerima wang sogokan berkenaan dalam isu skandal hartanah negeri Johor lapor MalaysiaDateLine

from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2017/11/mb-johor-diminta-jawab-dakwaan-rasuah.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.