Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Lembaga Tabung Haji mengesahkan, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meletak jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji.

Bahagian Hal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan Lembaga Tabung Haji melalui kenyataan media hari ini berkata, Abdul Azeez menyerahkan surat peletakan jawatan, semalam.



“Lembaga Tabung Haji mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di atas perkhidmatan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Tabung Haji,” kata kenyataan itu.

Abdul Azeez dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 2011 dan kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji pada 1 Julai 2013 lapor Sinar, sebelum itu AstroAwani melaporkan..

SPRM pada Selasa melancarkan serbuan serentak di lima lokasi berbeza melibatkan kediaman dan juga pejabat Abdul Azeez.  
Menurut sumber, serbuan dilakukan di kediaman beliau di Subang, Selangor dan Baling, Kedah.

Selain itu, SPRM turut membuat pemeriksaan di salah sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.  
SPRM turut merampas wang tunai hampir RM500,000, lebih 20 jam tangan, dan lebih 20 mata wang asing pelbagai negara antaranya Taka (Bangladesh), Rufiya (Maldives), Riyal (Arab Saudi) dan juga Pound Sterling dengan nilai tukaran sekitar RM1.2 juta.  
Difahamkan serbuan yang bermula 12.30 tengah hari itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan Tabung Haji.  
Astro AWANI sudah cuba mendapatkan pengesahan daripada Ketua Pesuruhjaya SPRM mengenai perkara ini.

Laporan penuh sila baca di SINI

from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/05/azeez-letak-jawatan-pengerusi-tabung.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.