Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Datuk Seri Jamal Yunos mendakwa ada pihak tertentu cuba menggunakan pihak berkuasa untuk menzalimi dan membalas dendam kepadanya, susulan tuduhan demi tuduhan terhadapnya termasuk melarikan diri selepas didakwa.

“Apa yang berlaku ini tidak adil dan tekanan dan ingin menakutkan saya sebagai seorang pemimpin masyarakat. Saya berharap polis tidak mendapat tekanan daripada kerajaan yang baru ini untuk menganiaya dan menzalimi saya,” katanya kepada FMT.



Ketua Umno Sungai Besar menafikan dia melarikan diri kerana penahanan remannya memang sepatutnya berakhir pada hari kejadian, iaitu pada Jumaat.

“Saya dibenarkan keluar oleh pihak hospital pada hari itu,” katanya menjawab laporan dia meninggalkan Pusat Perubatan Ampang Puteri, di mana beliau dirawat di wad premier bagi masalah sakit belakang, ketika polis dan peguam sedang melakukan dokumentasi jaminan mahkamah.

Jamal berdepan 3 pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hospital, iaitu untuk tuduhan melakukan mudarat dengan mempamerkan senjata api berdasarkan gambar tular di media sosial, melakukan mudarat di kawasan awam apabila memecahkan botol arak menggunakan penukul besi sebagai simbolik bantahan terhadap pesta arak, dan yang ketiga dipercayai kerana menceroboh sebuah pusat judi haram di Ampang.

Beliau mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan pemimpin Umno itu diikat jamin RM3,000 bagi setiap kes.

“Kalau saya nak lari hari Rabu atau Khamis saya dah lari. Saya keluar hospital pada Jumaat sebab saya tahu reman sudah habis,” katanya.

“Saya percaya dengan integriti dan kredibiliti polis tapi bimbang apa yang berlaku ini caranya seolah polis mendapat tekanan daripada pihak tertentu. Saya tak mahu tuduh.”

Jamal yang terkenal dengan gimik tunjuk perasaan antara pemimpin Umno yang ke depan mengkritik Pakatan Harapan, terutama Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika menjadi menteri besar Selangor, antaranya bertuala di luar bangunan kerajaan negeri sebagai membantah masalah bekalan air atau meletakkan beberapa katil di luar bangunan kerajaan negeri sebagai membantah masalah rumah urut.

Beliau mendakwa polis membuka kembali kertas siasatan yang tiada tindakan lanjut, termasuk kes tunjuk perasaan Baju Merah.

“Saya bukan melakukan jenayah jadi tolong berikan hak saya, jangan aniaya saya,” kata Jamal.

“Biarlah pihak berkuasa bebas menjalankan siasatan. Jangan ada tekanan dan desakan daripada pihak tertentu. Kita lihat zaman Datuk Seri Najib Razak, pembangkang berani buat itu dan ini tapi kerajaan mengambil tindakan mengikut undang-undang.”

Sementara itu, beliau menepis dakwaan melarikan diri dari pihak berkuasa tidak munasabah kerana semua kos perubatan dan dokumen-dokumen yang perlu diselesaikan sebelum “hilang”.

“Saya sudah ambil ubat dan surat-surat hospital. Kalau melarikan diri saya tak bayar ubat dan surat hospital. Ini tohmahan yang cuba merosakkan imej saya selaku pemimpin,” katanya.

Selepas mengeluarkan diri daripada hospital, Jamal berkata dia bergegas ke Tabung Haji dan bank untuk menyelesaikan urusan kewangan pada hari yang sama.

“Bila saya keluar dari Tabung Haji saya dihubungi mengatakan saya ada reman lagi. Saya tidak pulang ke hospital sebab saya dah boleh keluar.” lapor FMT

from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/05/jamal-tak-lari-dakwa-dirinya-dizalimi.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.