Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

PETALING JAYA: Menteri Kewangan yang baru, Lim Guan Eng mengumumkan liabiliti ditanggung kerajaan persekutuan setakat 31 Disember 2017.

1- RM686.8 bilion – hutang rasmi kerajaan persekutuan (50.8% daripada keluaran dalam negara kasar);

2- RM199.1 bilion – komitmen kerajaan persekutuan untuk membayar jaminan kerajaan (14.6% daripada KDNK);



Jumlah ini untuk pelbagai entiti yang tidak mampu membayar hutang mereka, seperti:

1- Danainfra Nasional Bhd (RM42.2 bilion);
2- 1MDB (kira-kira RM38 bilion);
3- Prasarana Malaysia Bhd (RM26.6 bilion);
4- Malaysia Rail-Link Sdn Bhd (RM14.5 bilion);
5- dan Govco Holdings Bhd (RM8.8 bilion);

Semuanya menjadikan jumlah liabiliti RM885.9 bilion, mewakili 65.4% daripada KDNK seperti diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

RM201.4 bilion (14.9% daripada KDNK) dalam pembayaran pajak untuk projek perkongsian awam-swasta.

Bayaran pajak termasuk kos sewa, penyelenggaraan dan caj lain bagi projek seperti sekolah, asrama, jalan raya, balai polis dan hospital.

“Komitmen pajak ini direka untuk mengelakkan had kerajaan persekutuan terhadap jaminan dan hutang,” kata Lim.

JUMLAH HUTANG DAN LIABILITI – RM1,087.3 bilion atau 80.3% daripada KDNK setakat 31 Disember 2017.

“Rakyat sangat bimbang dengan keadaan hutang kita, seperti yang kita lakukan ketika menjadi pembangkang.

“Bagaimanapun, saya tekankan kewajipan dan komitmen kewangan kerajaan persekutuan tidak berubah sebelum 9 Mei dan hari ini, selepas pilihan raya. Satu-satunya perubahan adalah kerajaan persekutuan baharu yang akan berterus-terang.

“Kerajaan baru ini meletakkan kepentingan orang ramai terlebih dahulu, dan perlu menghadapi realiti pahit sekarang, bekerja keras menyelesaikan masalah kita, bukannya membiarkan ia meletup kemudian.” lapor FMT

from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/05/kenapa-hutang-negara-dikata-melebihi.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.