Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
Proses pengiraan barang kemas dan beg tangan dikatakan disimpan dalam 37 bagasi masih berjalan biar pun telah memasuki hari ketujuh.
Proses pengiraan dijalankan pasukan penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di ibu pejabatnya dekat Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini.
Jumlah bagasi itu adalah sebahagian daripada 72 beg bagasi yang disita polis dalam pemeriksaan terhadap kediaman dipercayai milik keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di, Pavilion Residences di sini, pada 18 Mei lalu.
Difahamkan, proses pengiraan dijalankan sejak Rabu lalu dan berkemungkinan mengambil masa panjang untuk diselesaikan.
Polis turut mendapatkan khidmat beberapa pakar barang kemas dan pakar jam tangan untuk mendapatkan penilaian sebenar barang tersebut.
Menurut sumber, proses mengira nilai barangan tersebut masih berjalan.
"Setakat ini ia masih dikira dan dijangka proses ini mengambil masa yang lama. Mungkin selepas raya selesai," katanya ringkas ketika dihubungi.
Proses pengiraan akan terus dijalankan sehingga selesai sebelum nilainya dapat dipastikan dengan tepat.
Terdahulu, dalam satu sidang media, Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, mengesahkan 35 daripada 72 beg yang dirampas dari sebuah unit kediaman di Pavillion mengandungi wang ringgit bernilai RM114 juta.
Amar memaklumkan, wang tunai dirampas itu membabitkan 26 pelbagai mata wang asing dan ringgit.
Pihaknya mengambil masa tiga hari untuk mengira jumlah semua wang itu dengan bantuan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Islam lapor Sinar
from Anak Sungai Derhaka http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/06/masuk-hari-ke-7-polis-masih-kira-barang.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself