Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memberi keterangan selama lima jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini pada pukul 9.30 pagi telah memberi keterangan dalam tempoh dari pukul 11 pagi sehingga pukul 5 petang.



Menurut Ahmad, beliau memberi keterangan berhubung beberapa perkara mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) sebelum entiti berkenaan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan ditukarkan nama kepada 1MDB.

“Saya telah menjelaskan perkara-perkara itu sebanyak 17 mukasurat, dari dahulu lagi saya tawarkan diri, sekiranya diperlukan, saya bersedia untuk diambil keterangan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di perkarangan luar Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

TIA yang ditubuhkan pada tahun 2008 untuk mengendalikan pelaburan wang royalti minyak negeri Terengganu telah diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan dan ditukarkan peranan dan nama kepada 1MDB pada Januari 2009.

Ujar Ahmad, beliau yang sukarela hadir hari ini bagi memberi keterangan itu turut bersedia untuk dipanggil semula sekiranya diperlukan bagi memberi keterangan lanjut kepada SPRM.

Dalam pada itu, tegas Ahmad, beliau menolak sebarang tanggapan bahawa kehadirannya ke SPRM hari ini berkaitan dengan kempen beliau sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti minggu ini.

“Ini tiada kena mengena dengan pertandingan, kita perlu telus dan mempunyai integriti dalam apa jua perkara dilakukan walaupun terpaksa mengorbankan jawatan,” katanya. - UTUSAN ONLINE 

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/06/skandal-1mdb-ahmad-said-beri-keterangan.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.