Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
PUTRAJAYA: Seorang bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit dalam salah guna kuasa dan penyelewengan dana milik kerajaan bagi peruntukan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Datuk Hasanah Abdul Hamid, 61, yang menulis surat kontroversi kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) sebelum PRU-14 meminta sokongan Amerika Syarikat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), ditahan jam 4.15 petang semalam selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.
Hasanah dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini bagi mendapatkan perintah reman.
Penahanan itu dilakukan sehari selepas SPRM menahan timbalan ketua pengarah bahagian sama di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang juga bergelar Datuk bersama enam pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) bahagian berkenaan bagi membantu siasatan kes yang sama.
Timbalan ketua pengarah itu bersama enam PTD terbabit yang berusia antara 34 hingga 49 tahun ditahan di Kompleks B, JPM serta Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.
Sumber memberitahu siasatan awal mendapati wanita itu bersama tujuh lagi pegawai kanan terbabit menyalahgunakan wang peruntukan itu bagi tujuan peribadi.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahkan penahanan bekas ketua pengarah terbabit.
“Suspek (bekas ketua pengarah) akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, timbalan ketua pengarah bahagian itu serta enam PTD terbabit direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan yang membabitkan nilai jutaan ringgit.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, selepas membenarkan permohonan SPRM.
Difahamkan, suspek masing-masing menjawat jawatan Gred 44 hingga Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B.
Suspek berusia antara 34 hingga 49 tahun itu ditahan di Kompleks B, JPM serta Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.
Semua suspek yang berpakaian lokap SPRM dan tangan bergari tiba di Kompleks Istana Kehakiman di sini, jam 9.05 pagi diiringi pegawai SPRM.
Awal bulan ini, seramai 15 pengawal keselamatan di JPM ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan dana PRU-14 berjumlah RM3.5 juta.
Bagaimanapun, mereka dibebaskan dengan jaminan SPRM pada 12 Ogos lalu lapor Berita Harian
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/08/bekas-ketua-pengarah-organisasi.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself