Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

Sama ada Rafizi Ramli dibenarkan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR, akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) nanti.

Bagaimanapun, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata parti tidak mempunyai sebarang halangan untuk membenarkan beliau bertanding jawatan tersebut.



"Itu kena tanya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Kita kena melihat bagaimana ROS menilai perkara ini.

"Rafizi sepatutnya tidaklah menerima sabitan apa-apa. Dia tidak bersalah, jadi apa salahnya beliau bertanding. JPP mungkin ada keputusan," katanya kepada media di Parlimen hari ini.

Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan PKR mungkin akan dibekukan pendaftaran sekiranya membenarkan Rafizi bertanding jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Sementara itu, Setiausaha JPP PKR, Ismail Yusoff berkata pihaknya akan meneliti perkara tersebut termasuk

"Selain daripada JPP, turut terlibat dalam menyaring adalah Jawatankuasa Rayuan, Bantahan dan Disiplin (JRBD). Setakat ini isu Rafizi ini tidak dibincangkan.

"Di dalam peruntukan peraturan pemilihan menetapkan mana-mana individu yang terlibat kes-kes mahkamah memang dilarang, melainkan dapat pengecualian.

"Kami akan melihat perkara ini," katanya kepada media di Parlimen hari ini.

Seksyen 9A(1)(b) Akta Pertubuhan menyatakan pemegang jawatan hilang kelayakan jika beliau disabitkan kesalahan dan dijatuhkan hukuman denda RM2,000 atau lebih, atau penjara setahun atau lebih.

Bagaimanapun, Seksyen 9(4) memperuntukkan individu yang hilang kelayakan itu boleh meminta pengecualian daripada ROS atas syarat tertentu.

Pada 7 Februari lalu, Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan ke atas Rafizi kerana mendedahkan penyata akaun bank berkaitan anak syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail pada 2012.

Bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad turut dijatuhkan hukuman penjara sama kerana bersubahat dengan Rafizi.

Mereka didapati bersalah di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA).

Rafizi masih menunggu rayuannya di Mahkamah Tinggi.

Beliau tidak dapat menyertai pilihan raya umum 9 Mei lalu disebabkan sabitan itu kerana Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyatakan ahli Parlimen hilang kelayakan selama 5 tahun, jika sabit kesalahan dan dijatuhkan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000 lapor AstroAwani



from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2018/08/pemilihan-pkr-nasib-rafizi-di-tangan-jpp.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.