Halloween party ideas 2015

Seramai 186,354 Ketua isi rumah yang berpendapatan di bawah RM940 sebulan bakal menerima manfaat dalam Program Food Bank Malaysia yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi meringankan beban golongan itu.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata projek pengumpulan lebihan dan pengagihan makanan itu merupakan program anjuran bersama pasar raya-pasar raya utama di negara ini dan Melaka menjadi negeri perintis bagi program tersebut.

“Ini merupakan satu inisiatif peduli rakyat bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung kesan daripada kenaikan kos sara hidup dan mengurangkan pembaziran makanan di Malaysia.

“KPDNHEP sedang merancang percubaan bagi program Food Bank Malaysia bersama pasar raya-pasar raya utama di seluruh negara sebelum ia dilaksanakan di seluruh negara pada awal tahun hadapan (2019),” katanya pada sidang media selepas merasmikan projek perintis program Food Bank Malaysia peringkat negeri Melaka di Tanjung Kling di sini hari ini.

Beliau berkata program tersebut telah dilaksanakan sebelum ini membabitkan pengendali pasar raya besar Tesco yang dimiliki Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) menerusi projek 'Tesco Food Surplus Donation' pada 2016.

Terdahulu, sebanyak 25 keluarga di negeri itu terpilih untuk menerima pelbagai barangan keperluan isi rumah hasil keprihatinan Tesco dalam usaha meringankan beban golongan memerlukan.

Saifuddin Nasution berkata program tersebut juga merupakan salah satu inisiatif bagi mengurangkan pembaziran makanan selaras dengan komitmen Malaysia di peringkat global di bawah matlamat pembangunan lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Matlamatnya adalah bagi mencapai pengurangan setengah daripada lebihan makanan daripada keseluruhan yang dikeluarkan menjelang 2030.

"Sehubungan itu saya menyeru dan menjemput rangkaian peruncit, pengilang dan industri perhotelan di negara ini turut serta bersama-sama KPDNHEP dalam menjayakan program Food Bank Malaysia," katanya.

Menurut beliau sehingga kini, KPDNHEP sudah mengenalpasti Kenchara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation sebagai rakan strategik bagi pengumpulan data golongan sasar dan pengedaran makanan kepada golongan memerlukan.

- Bernama


from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2018/09/186354-ketua-isi-rumah-bakal-terima.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.