SUBANG JAYA - Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohamad Hamdan Wahid menyatakan anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik perusuh di kawasan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman ketika pasukannya berundur dari lokasi.
Katanya, dua jentera bomba termasuk van Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang dinaiki Muhammad Adib telah diserang dengan balingan batu dan objek menyebabkan berlaku kerosakan pada cermin dan badan kenderaan itu.
Jelasnya, dalam situasi panik untuk berundur, mangsa telah ditarik keluar dari tempat duduk penumpang van EMRS oleh perusuh dan dipercayai dipukul sehingga tidak sedarkan diri.
Berikut merupakan kronologi kejadian berdasarkan kenyataan Mohamad Hamdan:
"Kejadian yang berlaku ke atas pegawai bomba, Muhammad Adin ini adalah ekoran daripada operasi untuk pemadaman kebakaran yang berlaku di kawasan kuil Seafield Sri Maha Mariamman. Mereka ini adalah kumpulan EMRS dan responder untuk pemadaman daripada Balai Bomba Subang Jaya.
Sebenarnya panggilan diterima pada jam 1 pagi. Respond adalah dua jentera unit Fire Rescure Tender FRT yang terdiri daripada tujuh krew di mana satu komander dan lima krew di jentera yang depan dan juga di jentera EMRS di belakangnya terdiri daripada dua krew iaitu pemandu dan responder di sebelahnya.
Untuk sampai di lokasi biasanya mereka akan guna jalan besar tetapi oleh kerana mereka dah buat satu kajian risiko kawasan dan dapati bahawa untuk pegi sampai ke lokasi, jalan singkat adalah menggunakan jalan dalam.
Panggilan ini adalah melalui MERS 999. Bila sampai di lokasi dah hampir kepada simpang, berlakunya kebakaran. Pasukan petugas dah mula nampak api.
Biasanya kita akan tempatkan jentera kereta berdekatan dengan sumber. Jadi ada jaraknya untuk melaksanakan tugasan. Bila mereka berhenti untuk keluar, krew di sebelah kiri dan kanan jentera FRT yang berada di hadapan keluar dari jentera dan mendapati orang perseorangan atau kumpulan tiba-tiba ramai menghampiri mereka.
Atas arahan komander supaya berundur dan masuk balik ke dalam jentera. Ketika itu mereka telah menerima lontaran batu, kayu dan besi daripada kumpulan ini menyebabkan kerosakan seperti cermin pecah, badan jentera rosak.
Bila jentera hadapan berundur, jentera di belakang turut sama undur tetapi sedikit terheret ke tepi. Ketika itulah mereka tidak lagi boleh mengelak dan kenderaan EMRS telah diserang.
Umum tahu jentera EMRS ini hanya sebuah van ambulan bagi tujuan menyelamat. Dengan kata lain badanya tidak keras dan cermin mudah pecah. Ketika ini van EMRS mula untuk memecut keluar dari lokasi dan keadaan begitu kelam kabut.
Dalam keadaan itu, kumpulan itu dapat menarik Muhammad Adib. Pemandu EMRS dalam keadaan trauma memecut keluar dari lokasi kejadian bersama FRT ke Balai Bomba Subang Jaya tanpa menyedari Muhammad Adib tiada bersama mereka.
Bukan mereka tinggalkan Muhammad Adib. Pasukan petugas ini ketika berada di Balai Bomba Subang Jaya membuat panggilan kepada mangsa tetapi telefonnya dijawab oleh orang awam yang menyatakan mereka dalam perjalanan ke hospital terdekat. - Sinar Harian
from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2018/11/muhammad-adib-ditarik-dari-jentera.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself