Halloween party ideas 2015

Klaveren mengucap dua kalimah syahadah ketika dalam proses menyiapkan sebuah buku anti-Islam. - @JoramvKlaveren/Twitter
BEKAS ahli Parlimen yang pernah melancarkan kempen anti-Islam di Dewan Perwakilan Belanda, Joram van Klaveren, mengejutkan ramai apabila membuat pengumuman sudah memeluk agama Islam.

Klaveren, 40, memutuskan untuk mengucap dua kalimah syahadah dan menerima Islam sebagai agamanya sewaktu dia dalam proses menyiapkan sebuah buku untuk memburukkan Islam dan membuktikan ajaran itu salah.

Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila semakin banyak dia membuat perbandingan untuk melengkapkan kandungan bukunya, semakin banyak persoalan terhadap agama Islam terjawab.

"Mengakui kesalahan sendiri bukan perkara yang menyeronokkan. Tetapi dalam proses mencari Tuhan sebelum ini, saya selalu rasa tidak tenang. Rasa itu akhirnya hilang selepas saya mengenali Islam, " kata Klaveren seperti yang dipetik dari portal The Guardian.

Klaveren yang memeluk Islam pada 26 Oktober tahun lalu, pernah menyifatkan Islam sebagai wabak penyakit, selain pernah mencadangkan agar pemakaian burqa diharamkan dan masjid dirobohkan.

Klaveren mengakui manuskrip buku anti-Islam yang awalnya dirancang untuk ditulis telah dibuang dan akan digantikan dengan buku yang akan memberi penerangan tentang apa sahaja keraguan masyarakat Barat terhadap agama Islam.

"Saya sangat menyesal menjadi penyumbang dalam memberi gambaran yang tidak benar tentang Islam," tambahnya yang membesar dalam sebuah keluarga Protestan.

Ini bukan kali pertama pengkritik Islam akhirnya memeluk Islam di Belanda. Pada tahun 2013, seorang ahli politik yang pernah membantu menerbitkan filem memburukkan imej Islam, Arnoud van Doorn, mengucap dua kalimah syahadah selepas membuat kajian berkenaan Islam. - Astro Awani


from Lagi Berita http://lagiberita.blogspot.com/2019/02/dulu-hina-islam-sebagai-penyakit.html
Berita malaysia terbaru - terkini - terpopular siap di nikmati dan disajikan dengan penuh emosi, sebarkan pengetahuan kepad kalayak umum , jika anda merupakan pemerhati dunia internet dan pemerhati kemajuan informasi, maka jangan lupa follow blog ini dan sebarkan apa yang baca, karena pada dasarnya informasi adalah hak bagi semua manusia, selamat membaca dan selamat beraktifitas, blog post ini semoga dapat bermanfaat bagi anda semua, sampai juga di post post dan berita berita selanjutnya, dukung terus perkembangan blog.

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.