Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
ANWAR Ibrahim sekali lagi berkata beliau tidak sedia memikul tanggungjawab sebagai menteri kewangan sekarang, jika jawatan itu ditawarkan kepadanya, kerana keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan.
“Jika saya ditawarkan menjadi menteri kewangan sekarang saya tidak mahu jadi kerana tidak seperti dulu (ketika) kita ada banyak dana,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu.
“Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dulu dari 10 % sekarang 4.5 %,” katanya semasa melancarkan Tabung Bantuan Pelajar Antarabangsa Abu Sulayman Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, hari ini.
Anwar merujuk pada pertumbuhan KDNK ketika beliau menteri kewangan antara 1991 dan 1998.
Anwar, yang dinamakan sebagai pengganti perdana menteri, sebelum ini dilaporkan menyebut perkara yang sama kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Menurut Anwar, kekangan kewangan negara sekarang juga antara sebab kenapa Lim hanya mampu memberi jawapan standard jika ada pihak memohon peruntukan disalurkan.
“Jawapan yang hanya diberi Lim Guan Eng ialah kita akan lihat dulu, tidak boleh lulus sekarang kerana kita pertimbangkan dulu.
“Ini adalah jawapan yang standard, kerana kita ada masalah kewangan,” katanya.
Sempena pelancaran tabung pelajar itu, Anwar menyerahkan replika cek berjumlah RM1 juta sumbangan Prof Emeritus Dr Abdul Hamid A. Abu Sulayman, yang juga bekas Rektor kedua UIAM.
Dana tersebut akan digunakan untuk memberi elaun kepada pelajar antarabangsa di universiti tersebut antara RM500 hingga RM1,000 sebulan lapor The Malaysian Insight
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/04/anwar-akui-sukar-tugas-menteri-kewangan.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself