Hanya kerana mahu menghakis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan, Najib Razak tanpa usul periksa telah berkongsi satu laporan yang tidak benar.
Kalau masa Barisan Nasional berkuasa dan Najib menjadi PM dulu kan.. mesti ramai yang akan didakwa menyebar berita palsu ni..
Dengan yakin, Najib yang juga Mantan Presiden UMNO telah memuat naik satu status dalm FB miliknya..
Tulis beliau..
Bagaimanapun.. pihak FGV sendiri telah menafikan laporan tersebut..
FGV Holdings Bhd. menafikan laporan berita yang menyatakan syarikat perladangan itu mahu mengurangkan 6,000 pekerja dalam tempoh tiga tahun sebagai langkah untuk mengurangkan kos, di samping mengoptimumkan aset di bawah pelan pemulihan menyeluruhnya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Haris Fadzilah Hassan menjelaskan kumpulan itu tidak pernah berhasrat untuk menamatkan perkhidmatan 6,000 pekerjanya tetapi hanya merancang mengurangkan 10 peratus daripada kos tenaga kerja setahun.
Beliau berkata rancangan itu termasuk pengurangan kos elaun lebih masa, bil perubatan dan lain-lain bagi kakitangan, katanya dalam kenyataan kepada Buletin Utama TV3.
Menurutnya, pengurangan pekerja hanya akan berlaku sekiranya terdapat aktiviti penjualan perniagaan bukan teras yang dijalankan kumpulan, serta menerusi skim pemisahan bersama (MSS) dan aktiviti persaraan.
Haris Fadzilah berkata langkah pengurangan kos operasi 10 peratus setiap tahun itu akan dilaksanakan bagi tempoh tiga tahun akan datang, yang mana kos operasi FGV sekarang adalah agak tinggi, kini melebihi RM1 bilion setahun.
Satu laporan berita hari ini menyatakan FGV merancang mengurangkan sebanyak mungkin sehingga 6,000 kakitangan sebagai sebahagian daripada pelan pemulihannya selepas ia mencatatkan kerugian besar RM1.07 bilion dalam tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2018 - kerugian paling buruknya sejak disenarai awam pada 2012 - berikutan rosot nilai yang amat besar dan harga minyak sawit rendah lapor Utusan
Hmm... rasanya dari berusaha memburuk-burukkan pentadbiran PH lebih baik Najib fokus kepada berpuluh-puluh kes yang dia hadapi tu..
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/04/fgv-nafi-rancang-buang-6000-pekerja.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself