Pada 9hb Mac 2017, Portal Pro BN, BNBBC telah melaporkan dengan tajuk "Teresa Kok Menipu: Jamal Nasihat Teresa Kok Kahwin Cepat."
Dalam laporannya BNBBC melaporkan Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Md Yunus mendakwa Teresa Kok berbohong apabila menyatakan tidak menerima langsung wang dari Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).
Ini kerana menurut Jamal, ahli parlimen DAP Seputeh itu telah menggunakan wang hampir RM2 juta sejak 2016 sehingga 24 Februari 2017.
Menurutnya, wang tersebut dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama Teresa sendiri.
“Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai dan seorang yang hipokrit. Tuntutan dana yang perlu diberi pada setiap waris adalah sebanyak RM2500, tapi kebanyakan daripada mereka hanya baru terima RM1000 sahaja.
“Antaranya Chen Soon King, lahir pada 17/9/1938 berbangsa Cina dan beragama Krisitian. Ini baru seorang, ada 40 kes lagi yang masih belum diselesaikan,” dedahnya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.
Menurut Jamal lagi, pegawai yang bertanggungjawab menguruskan dana tersebut adalah Lum Suep Ling.
Jamal dalam masa yang sama turut berkata beliau bersedia untuk dikenakan sebarang tindakan oleh Teresa jika dia menganggap bahawa dakwaan yang dibuat ini tidak benar.
“Saya bersedia untuk disaman Teresa,” katanya ringkas.
Bagaimanapun setelah Kerajaan bertukar tangan dari BN kepada PH dan Jamal disaman Teresa, Jamal Yunos membuat cubaan saat-saat akhir untuk menghentikan saman fitnah oleh Teresa Kok itu..
KUALA LUMPUR: Pemimpin Baju Merah, Jamal Yunos membuat cubaan saat-saat akhir untuk menghentikan saman fitnah Menteri Perindustrian Utama, Teresa Kok terhadapnya berhubung dakwaan salah guna dana kerajaan daripada perbicaraan penuh.
Peguam, SN Nair, yang mewakili Kok, memberitahu Hakim Mahkamah Tinggi, Ahmad Bache bahawa mereka menerima permohonan membatalkan tindakan undang-undang itu pada Khamis lepas.
Perbicaraannya dijadualkan bermula hari ini dan esok. Jamal bagaimanapun tidak berada di mahkamah.
Peguamnya, V Mugunthan berkata Jamal tidak sihat dan sedang cuti sakit.
Mugunthan juga berkata mereka berharap untuk membatalkan saman itu kerana tiada hasil daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Kok berkenaan dakwaan dia dan pemimpin DAP lain menggelapkan dana kebajikan daripada Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).
“Tindakan undang-undang itu terlalu awal,” kata Mugunthan.
Beliau juga meminta mahkamah memerintahkan perbicaraan ditangguhkan sementara menunggu permohonan membatalkan tindakan undang-undang itu selesai.
Nair bagaimanapun berhujah Kok tidak didakwa di mahkamah berhubung dakwaan itu dalam tempoh 2 tahun ini, oleh itu “ia tidak menghalangnya memfailkan tindakan undang-undang”.
Beliau juga memberitahu mahkamah bahawa undang-undang tidak menetapkan SPRM perlu menunjukkan hasil siasatannya.
Ahmad, berdasarkan pengalamannya sebagai seorang bekas pegawai SPRM berkata, suruhanjaya itu tidak selalunya menyediakan respon tentang hasil siasatan.
“Saya membenarkan peguam mewakili menteri untuk memfailkan afidavit menjawab permohonan Jamal membatalkan tindakan undang-undang itu,” katanya. “Saya perlu dengar permohonan ini sebelum saya boleh teruskan perbicaraan.”
Sementara itu, Ahmad meminta Jamal dan Kok cuba mencari suatu penyelesaian.
Mahkamah menetapkan 19 Jun sebagai tarikh tentatif untuk mendengar cubaan Jamal menghentikan tindakan undang-undang sementara menunggu respon SPRM.
Sebelum ini, Jamal gagal selesaikan tindakan undang-undang Kok dan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin.
Ditemui pemberita di luar mahkamah, Kok mengkritik langkah Jamal untuk menangguhkan kes itu.
“Semasa saya failkan tindakan undang-undang ini pada 2017, dia kata dia alu-alukan tindakan undang undang saya terhadapnya.
“Hari ini dia tiada di sini, dan dia membuang masa semua orang,” tambahnya.
Laporan penuh sila baca di SINI
Hmmm... dulu bukan main lagi dia mencabar.. sekarang dah menikus pulak.. kenapa Jamal?.. sebab dah tak ada yang berani payung ke?
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/04/jamal-buat-cubaan-terakhir-hentikan.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself