Halloween party ideas 2015

Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas

SETIAUSAHA Bahagian Johor Bahru Abu Talib Alias mengesahkan Najib Razak dengan perkataan ‘Malu apa bossku’ ketika diminta membuat pengecaman bekas perdana menteri pada perbicaraan SRC International hari ini.

Pada 45 minit terakhir keterangannya itu, Abu Talib ditanya oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi untuk mengesahkan bekas perdana menteri, Abdul Talib menunjukkan dengan tangannya.

“Itu dia. Malu apa bossku,” katanya, mengundang ketawa dari dalam Mahkamah termasuk Najib.

Abu Talib menggunakan slanga Sabah yang dipopularkan oleh penyokong Najib di dalam poster dan lagu.

Beliau adalah salah seorang daripada dua pemimpin Umno yang menjadi saksi hari ini kerana menerima lebih daripada RM800,000 menerusi cek datang dari akaun AmBank Najib Razak.

Pemegang amanah Yayasan Penyayang Tun Abdul Razak Abdul Munir Othman yang menerima RM400,000 turut memberi keterangan hari ini.

Abu Talib menerima RM300,000 manakala Asmadi Abdul Talib yang merupakan Ketua Umno Bahagian Padang Serai Kedah memberi keterangan bahawa beliau menerima RM50,000.

Pemilik Syadilah Enterprise Daud Muhamad berkata, beliau menerima RM77,300 untuk kerja-kerja pembaikan dan pembinaan menara air yang dilakukan di rumah Najib di Pekan, Pahang alpor The Malaysian Insight

from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/04/malu-apa-bossku-bergema-di-mahkamah.html

Post a Comment

This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself

Powered by Blogger.