Berikut ini adalah berita malaysia dan informasi terbaru hari ini untuk pemerintah diraja malaysia, selamat membaca, dan jangan lupa berikan komentar dan berikan pendapat anda tentang apa yang anda baca hari ini. selamat beraktifitas
PEGUAM Negara Tommy Thomas menyangkal dakwaan di media sosial yang mendakwa beliau memaklumkan Perdana Menteri Dr Mahthir Mohamad dan bekas pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin bahawa tiada bukti kukuh untuk mendakwa Najib Razak.
Tommy memberitahu Malaysiakini, beliau menerima banyak panggilan telefon berhubung posting yang tersebar di media sosial.
“Saya nafikan memberitahu mereka (Dr Mahathir dan Daim) perkara ini. Setakat yang kami tahu, kami mempunyai kes yang kuat terhadap bekas perdana menteri (Najib) dan ahli perniagaan dalam pelarian (Low Taek Jho) Jho Low,” katanya kepada portal berita itu.
“Sebagaimana yang kamu tahu, terdaoat banyak pendakwaan sedang berlangsung di mahkamah (terhadap Najib dan Low) yag dicetuskan dari 1MDB. Memandangkan kes ini masih dibicara di mahkamah, saya tidak mahu mengulas lanjut,” tambahnya.
Menurut posting berkenaan, Thomas didakwa memaklumkan Dr Mahathir dan Daim bahawa pihak pendakwaan tidak mempunyai bukti untuk menunjukkan Najib mencuri RM42 juta (dari SRC International) atau RM52 juta dari 1MDB.
“Tetapi mereka perlu buktikan di mahkamah atau Harapan akan berdepan dengan krisis kredibiliti yang besar,” menurut posting berkenaan.
“Disebabkan ini, selepas memegang kuasa selama setahun, kredibiliti mereka akan terjejas sekiranya tiada bukti ditemui untuk menghukum Najib,” tambahnya.
Posting itu juag mendakwa barangan berharga termasuk pelbagai beg tangan berjenama, barangan kemas dan jam tangan, yang dirampas dari Pavillion Residences di Kuala Lumpur tidak boleh dikaitkan dengan skandal 1MDB.
“Jadi di mana bukti yang menunjukkan Najib mencuri RM42 juta atau RM52 juta dari 1MDB,” soalnya.
Najib berdepan lebih 40 pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram, penyalahgunaan kuasa dan pecah amanah.
Bekas perdana menteri itu kekal dengan pengakuan beliau tidak menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.
Manakala Low, yang disifatkan sebagai dalang utama skandal 1MDB, didakwa tanpa hadir di Malaysia dan Amerika Syarikat lapor The Malaysian Insight
from Anak Sungai Derhaka https://darisungaiderhaka.blogspot.com/2019/05/kami-mempunyai-kes-yang-kuat-terhadap.html
Post a Comment
This blog needed you to understand the word spam - never spam on this blog, although i will not moderate all of it, but you will learn it yourself, educate yourself